Maklumat yang dipetik dari MYKMU NET
“Satu forum yang membincangkan isu kejatuhan UMNO dlm PRU 12″.- Admin Suara Rakyat
MYKMU NET akan menganjurkan satu FORUM bertajuk “UMNO PASCA PILIHAN RAYA UMUM KE 12: SATU PENILAIAN” pada 1 April 2008, jam 9.00 pagi - 12.30 tengahari di Hotel Singgahsana Petaling Jaya, Selangor.
Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menyampaikan Ucapatama.
Selain itu tiga pemimpin UMNO akan menjadi ahli panel forum ini.
1. EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Mukhriz Tun Mahathir
2. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo
3. Ketua Penerangan UMNO Johor, YB. Dr. Mohamad Fuad Zarkashi
Tempat adalah terhad.
Sesiapa yang berminat boleh menghantar maklumat dalam format berikut:
Nama, nombor telefon, jawatan dalam UMNO (jika ada), pekerjaan dan emel kepada penganjur di editor@mykmu.net atau demokrasimalaysia@yahoo.com
Sesiapa yang telah menghantar butiran ke editor@mykmu.net, harap bersabar. emel anda akan diproses malam ini. (26 Mac 2008
Filed under: Makluman