• Top Posts

  • Pages

  • Recent Posts

  • Archives

  • Top Clicks

  • Blog Stats

    • 18,849 hits
  • Recent Comments

    AdrenA on Non Bumi do not need UiTM to…
    eidacomey on Non Bumi do not need UiTM to…
    eidacomey on Non Bumi do not need UiTM to…
    kepon on Gaji Menteri & Tim. M…
    wanlee89 on Seloka Harga Minyak Naik
  • RSS Malaysiakini

    • Insiden bakar iringi NS julang Piala M'sia
      Negeri Sembilan berjaya menjulang Piala Malaysia, piala paling berprestij dalam saingan Liga Malaysia, setelah menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhi di Stadium Nasional malam ini.
    • Tiba masa Najib selesai krisis MCA
      Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata sudah tiba masa untuk kepimpinan MCA meminta bantuan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan kemelut dalaman parti itu.
    • ...tapi Hadi tetap tidak berganjak
      Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana ia merupakan satu tanggungjawab dan kepercayaan daripada ahli parti itu.
      Jimadie Shah Othman
    • S'gor benar semula projek lereng bukit
      Kerajaan Selangor bercadang menarik balik arahan pembekuan projek pembangunan baru di lereng bukit dengan kecerunan 25 darjah ke atas dengan penambahan beberapa syarat baru.
    • Masjid serah laporan isu bawa masuk exco bukan Islam
      Jawatankuasa Masjid Jamek Ar-Rahimiah telah menghantar satu laporan penuh berhubung tindakan mereka membawa seorang anggota exco Selangor bukan Islam ke dalam masjid, Ogos lalu.
      Salhan K Ahmad
    • 'Pesta banjir' jadi rezeki peniaga
      Kelantan yang mula dilanda banjir sejak semalam sebenarnya ibarat pesta bagi sesetengah penduduknya yang sememangnya menunggu kedatangan musim tengkujuh ini.
    • Umno lancar 'BN menang, Kedah senang'
      Umno Kedah akan melancarkan slogan atau tagline berbunyi 'BN Menang Kedah Senang' bagi menaikkan semangat ahli-ahlinya supaya bekerja lebih kuat untuk menawan kembali negeri ini.
    • Nik Aziz terunggul, presiden PAS gagal...
      kemaskini 6.08pm Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengekalkan kepercayaan politik dan persepsi positif masyarakat awam terhadapnya tetapi Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula gagal mencapainya.
      Jimadie Shah Othman
    • Kepemimpinan Hadi jadi isu panas
      kemaskini 4.36pm Seperti dijangka, seminar politik PAS hari ini panas dengan isu kepimpinan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikritik keras seorang ahli akademik, Prof Dr Abdul Aziz Bari sebelum ini. [VIDEO DI DALAM]
      Jimadie Shah Othman
    • 1,000 sertai seminar hala tuju PAS
      kemaskini 2.25pm Kira-kira 1,000 pemimpin atasan dan akar umbi PAS membincangkan arah tuju parti itu termasuk kedudukannya dalam Pakatan Rakyat susulan pergeseran isu kerajaan perpaduan.
  • RSS Alam Maya -Kehidupan tanpa sempadan

    • Sentuhan Syima Fuyoo November 6, 2009
      Salam buat semua… Jika ada rezeki dan diizinkan oleh Allah swt saya hanya ada 1 bulan lagi di UiTM Johor sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Ini adalah destinasi saya yang terakhir dalam meniti tangga menimba ilmu.  Namun ramai rakan-rakan yang tertanya-tanya..”Bakri, jadi ke you nak further study? Buat kerja macam tak jadi nak sambun […]
      bakri88
    • Penjenamaan Semula IMS (Rebranding IMS) November 4, 2009
      Rebranding – To associate a new brand, trademark, image, or appearance with a product or service – wiktionary Salam buat semua.. Sudah lama saya ingin melakukan sesuatu perubahan untuk IMS ( Information Management Society) setelah saya melepaskan jawatan sebagai Penasihat Persatuan IMS. Ketika saya mengambil alih persatuan IMS, saya mempunyai ban […]
      bakri88
    • Wajah & Aplikasi Baru IMS Yahoo Groups October 30, 2009
      Sejak memenangi pingat emas dalam IID Johor 2009 fikiran saya tidak duduk diam. Tugas menjadi lebih berat kerana kriteria untuk bertanding di IID Shah Alam perlu melalaui proses yang rumit. Produk perlu di patent dan perlu ada penyelidikan ke atasnya. Sudah dua malam saya tidur lewat untuk membuat sedikit pencarian bahan di Internet untuk prodak [...]
      bakri88
    • IID & PhD October 29, 2009
      Tugas dan amanah mengajar semester ini telah selesai. Alahai malasnya nak memeriksa kertas peperiksaaan ahir pelajar apatah lagi menyemak semua final report ETR 300 pelajar. Saya mahu menumpukan 2 perkara buat masa ini iaitu Projek IID dan pengajian PhD. Soal KIK saya serahkan pada rakan yang lain. Mereka lebih arif apa yang perlu dilakukan. Kebetulan [...]
      bakri88
    • Masa untuk meraikan kejayaan… October 28, 2009
      Bulan Oktober merupakan Majlis Konvokesyen untuk kebanyakkan IPTA di Malaysia dan tidak terkecuali UiTM. Bulan ini saya akan menghadiri dua majlis konvokesyen di UiTM iaitu untuk meraikan pelajar Program Khas Pengsiswazahan Guru Besar (PKPGB) dan pelajar Diploma IS110 dari UiTM Sarawak & UiTM Johor. Perlawaan rakan-rakan dan bekas pelajar Program Pengsis […]
      bakri88
  • RSS KLpost dot com

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Perisik rakyat

    • Dr.Asri: Habis Hujah, Guna Fitnah... November 7, 2009
      Kata bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam blognya -Saya malu apabila ‘orang agama’ bertindak secara terbuka ‘seakan’ menghalang perkembangan Islam. Saya sedih apabila senjata kuasa digunakan untuk ‘memerangi’ golongan agama.Di kala umat sedang kehausan ilmu dan bimbingan, lalu diletakkan seribu halangan untuk insan muslim menyebarkan dakwah. […]
      noreply@blogger.com (Topeng Perak® Unmasked)
    • Keputusan Seminar: Parti Tidak Penting. Jawatan Pimpinan Lagi Penting November 7, 2009
      Keputusan seminar menunjukkan tiada apa2 perubahan yang akan berlaku kepada PAS. Malahan, apa yang berlaku adalah serupa dengan apa yang telah berlaku kepada PAS Terengganu sebelum 2004 dan 2008. Yakni, setelah diberikan hasil2 kajian dan cara2 mengatasi kelemahan, PAS Terengganu menolak kajian2 ini sepenuhnya mengakibatkan PAS gagal menawan semula Terenggan […]
      noreply@blogger.com (Tulang Besi)
    • PAS Kekal Dalam PR: Jaminan Yang Sudah Tidak Dipercayai Orang November 7, 2009
      Itu adalah jaminan yang diberikan oleh Tuan Guru Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang sebentar tadi. Beliau dilaporkan berkata : “KUALA LUMPUR, Nov 7 — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan partinya akan kekal bersama Pakatan Rakyat, yang dibentuk selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008, untuk mengharungi gelombang politik domestik.Berucap pada sem […]
      noreply@blogger.com (Tulang Besi)
    • Nogoghi Julang Piala Malaysia '09... November 7, 2009
      Piala Malaysia baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi,kemenangan berpihak kepada pasukan Negeri Sembilan bimbingan Wan Jamak Hasan dengan bergaya 3-1 menewaskan Kelantan yang dilatih B.Sathianathan.Negeri Sembilan mendapat 2 gol di separuh masa pertama diikuti satu gol lagi diawal separuh masa kedua.kedudukan itu kekal hingga masa tambahan sebelum Kel […]
      noreply@blogger.com (pengliporlari)
    • Cerita Sebenar Mengapa Khalid Samad dan Saari Sungip Dipecat (Back by Popular Demand) November 6, 2009
      Oleh kerana isu pemecatan Khalid Samad telah dinaikkan semula oleh PJ Selangor dalam "review" beliau seluruh Malaya (mcm Kassim Selamat) maka saya pun bawa pendedahan saya berkaitan pemecatan Khalid Samad sekali lagi. Artikel ni saya telah publish pada 10 Disember 2008.Orang akan kata, saya mana ada bukti buat dakwaan sebegini. Macamlah si Khairudd […]
      noreply@blogger.com (Tulang Besi)
    • Kalau Ada Plihanraya Mengejut, MB PAS yang Tinggal Hanya MB Kelate. November 6, 2009
      Itu adalah analisa yang diberi kepada saya oleh salah seorang pemerhati politik Malaysia dari luar negara yang terkenal juga. Tapi saya tidak mahu menyebut nama beliau dan beliau bukan Dr Aziz Bari kerana Dr Aziz Bari tidak kenal pun saya. Tapi cukup saya katakana nama beliau terkenal dan beliau ada kredibiliti untuk memberi komen ke atas situasi politik di […]
      noreply@blogger.com (Tulang Besi)
    • Apakah Azalina Wanita Terkaya Di 1Malaysia..? November 6, 2009
      Saya tidak mahu memberi sebarang komen kerana gambar dibawah ini boleh mencerita seribu bahasa, gambar-gambar ini di ambil di ruang letak kereta di rumah Azalina , bukan saya yang ambil , saya menerima e-mail dari seseorang dan meminta saya menyiarkan gambar ini.Saya tahu gambar kereta ini adalah koleksi Azalina. Porche, Mercedes, Smart Car, Land Rover, Alph […]
      noreply@blogger.com (Topeng Perak® Unmasked)
    • Dakwah Di Selangor Lebih Hebat Bawah DAP Atau UMNO? November 6, 2009
      Itulah hujjah Abg Mat dalam ceramah-ceramah beliau sekarang ini. Punyalah teruk serangan pada DAP di Selangor ni, sampai dah terlupa semua betapa nyamannya sausana dakwah di bawah DAP berbanding UMNO satu masa dahulu.Masa Khir dan UMNO mentadbir Selangor :Mufti dipecat dan diaibkan.Masjid di huru harakan dengan melakukan rampasan kuasa bersama bantuan gangst […]
      noreply@blogger.com (Tulang Besi)
    • Sayang Pemimpin atau Sayang PAS? November 6, 2009
      Itulah persoalan yang ramai ahli PAS tidak faham. Apabila diajukan persoalan ini, jawapan biasa yang diberikan adalah “kita kena wala’ (taat) ”. Jawapan lain tak da. Apa sahaja persoalan kita naikkan, jawapannya sama, yakni “kita kena wala’.Baik, bukankah wala’ ini hanya diberikan kepada seseorang pemimpin bersama2 “Tsiqah” dari pengikutnya?Rujuk penerangan […]
      noreply@blogger.com (Tulang Besi)
    • Kesihatan TG Nik Abdul Aziz November 5, 2009
      TGNA hanya demam biasa sahaja....Kebetulan beliau berada di Kuala Lumpur, lantas singgah di IJN untuk mendapatkan rawatan.Walau bagaimanapun sama-sama kita berdoa supaya TGNA diberikan kesihatan tubuh wal 'afiatSakaratul Maut®
      noreply@blogger.com (Sakaratul Maut®)

Mahasiswa/Mahasiswi :- Sila baca artikel ini

Tertarik bila terbaca kisah kemenangan saman Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi terhadap penulis Blog Malaysia Today Raja Petra . Apa isu sebenarnya..Bila saya menggali isu ini lebih dalam barulah saya mendapat punca sebenar tercetusnya perbalahan yang membawa kes ini ke Mahkamah. Sila ke laman web  http://muhtarsuhaili.wordpress.com untuk mengetahui cerita sebenarnya. Cuma saya meminta dan menyeru agar para mahasiswa/i membaca artikel yang saya petik daripada laman Blog beliau “Mahasiswa dan tanggungjawab mengurus kejayaan”. Menarik untuk dibaca agar mahasiswa/i mengetahui hala tuju dan peranan yang perlu anda mainkan dalam memikul tanggungjawab sebagai mahasiswa/i.

Wassalam .

Admin Suara Rakyat.

“Mahasiswa punya peranan dalam mewarnai perjalanan sejarah
dan pembinaan tamadun kehidupan manusia”

As-Sarawaki 21 Mac 2004 (Refresh):  Seorang sarjana pernah menyatakan; “Insan perlu insaf bahawa kewujudannya mempunyai matlamat, perjalanannya mempunyai haluan dan hidupnya mempunyai tugas dan tanggungjawab.” Justeru, mahasiswa selaku sebahagian daripada entiti penting di dalam masyarakat juga tidak boleh lari daripada mencambahbiakkan kesedaran tentang persoalan pokok ini dan seterusnya wajar bingkas bangun mengkoreksi diri ke arah mengurus kejayaan hidup di dunia dan di Akhirat.

 

Sering diperkatakan bahawa mahasiswa merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Golongan ini jugalah yang merupakan pelapis berjiwa kental yang akan menjadi aset penting untuk kelangsungan perjuangan bangsa dan agama. Jatuh bangunnya ummah di millennium mendatang banyak bergantung kepada kemandirian komuniti teras ini.

 

Penulis dan seramai 413 exco pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) seluruh 17 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan beberapa Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah menghadiri Konvensyen MPP 2004 dari 4-6 Februari yang lalu bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, Hotel dan Resorts First World. Konvensyen anjuran Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) dengan tema Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran sedikit sebanyak telah memberikan input serta resolusi berharga untuk dibedah siasat akan kerelevanannya dan seterusnya difikir-renungkan tentang cara pengimplimentasiannya.

 

Di dalam teks ucaptama dan perasmian konvensyen oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi yang dibacakan oleh Mantan Menteri Penerangan, Tan Sri Khalil Yaakob, beliau telah meminta pemimpin pelajar mengubah minda dari segi perancangan, strategi, program dan mekanisme pelaksanaan dalam menangani empat masalah utama pelajar masa kini. Perdana Menteri berkata, empat tugas utama yang dihadapi pemimpin pelajar ialah kemerosotan minat belajar para pelajar, menangani masalah kemerosotan akhlak, mengatasi masalah ketidakseimbangan pencapaian akademik antara pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera serta memperbaiki persepsi pelajar terhadap kerajaan.

 

Kesarjanaan ilmu

 

Benarlah firman Allah SWT bahawa manusia dan jin tidak akan dapat menguasai dunia dan seisinya melainkan dengan kekuasaan ilmu (Surah Ar-Rahman:33). Dunia telah menyaksikan dan sejarah telah membuktikan bahawa sejak zaman awal generasi manusia, ilmu memainkan peranan penting di dalam menentukan jatuh bangunnya sesuatu tamadun. Malah, dunia globalisasi hari ini jelas menunjukkan bahawa kerana penguasaan ilmu khususnya di dalam bidang sains dan teknologilah maka negara-negara maju khususnya Barat telah menjadi pendominasi dan pelopor kepada pelbagai lapangan kehidupan.

 

Lebih daripada itu, perlulah disematkan di sanubari bahawa segala label-label negatif yang terpaksa ditelan oleh mahasiswa hari ini seperti mahasiswa lesu, bisu, longlai dan sebagainya hanya dapat ditanggapi melalui tindakan yang positif, proaktif dan progresif. Mahasiswa tidak mampu bergerak mara ke hadapan dengan hanya berbekalkan idealisme dan semangat semata-mata tanpa kesedaran serta usaha-usaha untuk menguasai ilmu dan kemahiran bagi membolehkan ia direalisasikan dalam arus perdana dunia. Perjuangan golongan terpelajar untuk melakukan anjakan paradigma berterusan memerlukan kekuatan yang boleh diterjemahkan dalam bentuk penguasaan ilmu dan usaha-usaha melahirkan cerdik pandai yang terbilang. Jika kita telusuri kisah suci kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat seperti Sayyidina Ali Karramallahu wajhah, kita akan dapati bahawa di sebalik keagungan kepimpinan dan ketaqwaan mereka kepada Allah SWT, maka ilmu pengetahuan yang mampanlah menjadi rahsianya. Malah, sejarah kehidupan sarjana-sarjana Islam masa lampau seperti Ibn Sina, Ibn Rusyd, Al-Khawarizmi, Ar-Razi, Jabir Ibn Khayyam dan sebagainya menjadi saksi akan kebenaran pernyataan ini.

 

Justeru, konsep kesarjanaan ilmu wajar menjadi prinsip utama di dalam kehidupan setiap mahasiswa. Apa yang paling penting adalah pembelajaran bukanlah hanya untuk kelulusan peperiksaan, memenuhi keperluan kursus atau sekadar untuk mendapat sekeping ijazah sahaja sebaliknya merupakan momentum ke arah memahami erti hidup yang sebenar. Setiap ilmu yang dipelajari wajarlah ditafsir mengikut kacamata ilmiah yang betul. Ini kerana makna kata belajar itu sendiri bolehlah disignifikasikan sebagai suatu proses pembinaan idea, penghayatan dan aplikasi ilmu. Sebagai hasilnya, hakikat akhir sesuatu proses belajar itu mampu menuntun mahasiswa ke landasan kebenaran.

 

Lebih daripada itu, adalah amat malang sekiranya suatu sistem pembelajaran itu bukan sahaja gagal, malah ianya melahirkan pelajar yang lemah berfikir, kurang kesedaran, ketandusan ilmu, bankrap idea dan muflis keintelektualan. Berbalik kepada mahasiswa di kampus. Salah satu pelan tindakan yang telah digariskan hasil konvensyen baru-baru ini ialah untuk menyelaraskan PNGK semua pimpinan mahasiswa iaitu 2.5 ke atas. Penulis berpendapat bahawa ini merupakan satu langkah awal yang efektif kerana para pemimpin mahasiswa merupakan role-model yang akan diteladani oleh mahasiswa lain. Semoga ia menjadi titik tolak yang akan mencanai kegemilangan pendidikan dalam usaha bersepadu untuk melahirkan universiti bertaraf dunia atau World Class University.

 

Ketrampilan Syakhsiah

 

Menurut Islam, perkataan pendidikan atau tarbiyyah itu antara lain bermaksud suatu pendekatan yang terbaik sekali dalam bertafa’ul (berinteraksi) dengan fitrah insan dan melaksanakan proses pendidikan melalui tunjuk ajar dan teladan. Suatu teori pendidikan tidak akan sampai kepada matlamat yang dihajati jika ianya gagal berfungsi dan tidak berkesan. Keberkesanan itu diukur dengan melihat sejauh mana hasil yang dihajati bertunas dan berkembang dalam diri individu yang dididik. Hasil pendidikan juga dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku, tindakan dan hasil pemikiran mereka. Pendidikan yang tidak berkesan bukan sahaja merugikan tenaga, waktu dan wang, tetapi yang lebih dibimbangi apabila hasilnya bertentangan dengan apa yang dihajati.

 

Selain kesarjanaan ilmu, konsep ketrampilan syakhsiah adalah satu lagi elemen penting yang perlu ada pada diri mahasiswa dalam mengurus kejayaan. Perangkaan serta statistik kebejatan sosial yang kian meruncing memperlihatkan bahawa kader-kader intelektual ini juga tidak terlepas daripada terlibat sama. Kepincangan dan keruncingan krisis moral seperti seks bebas, arak, sumbang mahram, hedonisme, penyalahgunaan dadah dan banyak lagi turut membuktikan bahawa penuntut institusi pengajian tinggi juga tidak begitu ampuh dari segi penghayatan budinya.

 

Lantaran itulah, saya mewakili Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPP UIAM) amat bersetuju dengan saranan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi bahawa kerajaan akan memperkukuhkan dan menggabungkan pendidikan Islam dengan sistem pendidikan kebangsaan bagi memastikan ia benar-benar berkesan dalam melahirkan umat Islam yang berkualiti dan serba boleh.

 

Falsafah Pendidikan Negara menekankan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

 

Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara yang merupakan roh, nadi dan dinamo penjana kepada keutuhan sistem dan dasar pendidikan negara, saya melihat bahawa saranan YAB Perdana Menteri ini merupakan satu titik tolak dan satu kesinambungan ke arah melahirkan individu Muslim khususnya muda-mudi, remaja dan generasi muda yang syumul (komprehensif) dan kamil (sempurna).

 

Usaha yang sebegini penting amatlah perlu untuk dijana demi memastikan generasi pelapis yang merupakan aset terpenting negara di masa hadapan mampu untuk berperanan di tengah-tengah gelombang kemodenan dan arus globalisasi yang kian mencabar. Pembentukan masyarakat madani yang diimpikan memerlukan percambahan dan pemupukan nilai-nilai agama, moral dan etika. Kesemua elemen-elemen tersebut amatlah penting agar segala cita-cita murni yang sering dicanangkan benar-benar dapat direalisasikan ke arah mencapai wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 mengikut ‘acuan sendiri’.

 

Kecemerlangan Kepemimpinan

 

Prof. Ungku A. Aziz pernah menyebut; “Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin berpengalaman (mencabar) dan terpelajar.” Maka, sebenarnya teras kelangsungan kecemerlangan sesebuah bangsa itu banyak bergantung harap kepada pemimpin berkaliber laksana pelita cahaya yang akan menyuluh-sinarkan lorong perjalanan bangsa dan agamanya. Seorang pujangga Islam pula pernah bermadah; “Pemuda akan menjadi bangsa kita pada masa akan datang. Pemuda jugalah yang akan menyediakan jiwanya untuk mati atau dibunuh mati di jalan Allah s.w.t. Oleh itu, pemuda mesti mempersiapkan dirinya untuk hidup demi untuk mengembalikan kegemilangan Ummah pada masa akan datang sehingga dirinya syahid atau Islam kembali menang!”

 

Saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Dato Dr. Nordin Kardi di dalam pembentangan kertas kerjanya pada konvensyen tersebut yang menyatakan bahawa; “Berbeza dengan golongan idealis, golongan pragmatis senantiasa melihat keupayaan berbuat sesuatu dalam sesuatu keadaan yang diberi ‘Bagaimanakah dia boleh bermain dalam lingkungan sumber atau keadaan yang diberi.’”

 

Melalui pemahaman saya, salah satu adaptasi kepada kata-kata ini ialah ianya menuntut agar mahasiswa mampu menjadi global player dengan ciri-ciri peribadi unggul seperti jati diri yang tinggi, inovatif, produktif, berkemahiran, berdaya saing dan kreatif bagi menangani cabaran negara dan arus dunia tanpa sempadan hari ini.

 

Universiti merupakan satu medan atau pusat untuk melatih kepimpinan mahasiswa. Kita telah melihat bagaimana kebanyakan pemimpin negara malah dunia kini termasuk YAB Perdana Menteri juga merupakan bekas-bekas aktivis yang aktif ketika di kampus. Lebih daripada itu, mereka juga merupakan mantan pimpinan kepada pelbagai persatuan pelajar yang sering kali menjadi agen check and balance dan pembawa suara masyarakat yang berkesan. Oleh itu, mahasiswa yang ada hari ini wajar mempertajamkan segala kebolehan kepimpinan sama ada soft skills atau hard skills bagi mengelakkan ketandusan atau kepupusan pemimpin berkaliber di kemudian hari.

 

Agen Pengislah Masyarakat

 

Mantan Menteri Pendidikan,Tan Sri Musa Mohamad pernah berkata bahawa pelajar kini diberi kebebasan bersuara dengan syarat ia berdasarkan kepada ilmu dan pengetahuan yang mendalam serta tidak melampaui batas, asalkan ia bukan tuduhan melulu dan dilaksanakan dalam ruang lingkup tertentu. Justeru, mahasiswa harus mampu menjadi pemberi ilham, pencetus penafsiran dan qudwah hasanah kepada masyarakat seluruhnya. Pendek kata mereka harus bertindak sebagai agent of change atau agen pengislah masyarakat. Ini bagi memastikan segala kualiti diperolehi yang boleh menyumbang kepada pembangunan insan tidak hanya ternoktah di titik sifar. Segala pengalaman berharga, teori dan aktiviti membina yang telah dilalui wajar untuk dikongsi dengan masyarakat khususnya muda-mudi dan remaja sebagai pemangkin ke arah pembaikan jatidiri serta penyuluh lebuh raya kehidupan mendatang.

 

Selain itu, mahasiswa juga haruslah mampu menjadi transformer yang bisa menginjak naikkan paradigma berfikir, meninggikan kualiti ilmu serta memurnikan institusi ulama dan umara. Pelbagai usaha yang bersifat realistik, progresif dan bukan hanya konvensional serta boleh menjadi enkoder ke arah pengharmonian dan pemugaran kembali nilai-nilai murni yang kian sirna dalam masyarakat di seantero pelusuk hari ini. Saya tertarik untuk berkongsi tentang kurikulum yang diamalkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Bagi merealisasikan visinya iaitu Islamisasi, Integrasi, Keantarabangsaan dan Kecemerlangan Bersepadu, UIAM telah memperkenalkan pelbagai pakej seperti Sistem Halaqah, mewajibkan penyertaan sekurang-kurangnya 15 peratus pelajar antarabangsa dalam semua aktiviti dan mengaktifkan partisipasi pelbagai pihak dalam setiap persatuan. Selain itu, pelbagai program sama ada bersifat kepimpinan, keusahawanan, kaunseling, khidmat masyarakat, kebudayaan, tarbiyyah, hubungan luar turut dijalankan ke arah melahirkan mahasiswa yang boleh berperanan sebagai pengasuh, petunjuk, pembimbing, pemandu dan penasihat selepas bergraduat.

 

Perpaduan Warga Kampus

 

Seterusnya, antara perkara yang telah digariskan oleh Perdana Menteri dalam konvensyen tersebut ialah mengatasi masalah ketidakseimbangan pencapaian akademik antara pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera. Sering kedengaran bahawa pencapaian pelajar bukan Bumiputera khususnya Cina adalah lebih terkehadapan berbanding pelajar Bumiputera. Walaupun mungkin pernyataan ini tidak selalunya benar, tetapi langkah-langkah bersepadu perlu diadakan untuk memastikan perubahan minda dan sikap dapat dijana. Terdapat pelbagai mind-set yang penulis rasakan wajar untuk dinyahkan dan dibakulsampahkan oleh pelajar Bumiputera khususnya mahasiswa Melayu. Budaya-budaya negatif seperti spoon-fed, terlalu bergantung – budaya tongkat, pesimis, warga subsidi, sikap sambil lewa, budaya cukup makan, tidak mahu cari lebih, inferiority complex dan seumpamanya haruslah dibuang dari kamus kehidupan mahasiswa. Sebaliknya, sikap-sikap yang baik seperti rajin, berusaha gigih, berkeyakinan diri, berfikiran positif, optimistik dan banyak lagi wajar ditumbuh-suburkan agar mahasiswa Bumiputera dan bukan Bumiputera akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dari segi kelulusan akademiknya.

 

Pada pendapat penulis, selain keseimbangan dari segi pencapaian akademik, perpaduan kaum di kampus juga wajar diberi perhatian yang sewajarnya. Berdasarkan laporan Jabatan Perpaduan Negara tahun lalu, polarisasi kaum terutama di kalangan generasi muda semakin serius. Malah pengarahnya turut menegaskan bahawa interaksi kaum di kalangan golongan itu juga kini berada pada tahap minimum walaupun seolah-olah wujud perpaduan di kalangan mereka dari segi luarannya.

 

Pihak universiti dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) wajar memainkan peranan penting dalam memupuk semangat perpaduan di kalangan warga kampus. Selain itu, masyarakat juga harus memainkan peranan masing-masing. Dasar dan program tertentu perlu dirangka untuk menyemai elemen-elemen positif yang berkaitan dengan keharmonian dan perpaduan. Sebagai contoh di UIAM di mana populasi mahasiswanya terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan latarbelakang serta mempunyai 15% mahasiswa antarabangsa, integrasi dan perpaduan di kalangan mahasiswa khususnya di antara mahasiswa Malaysia dan Non-Malaysia amatlah dititikberatkan dan dipastikan kelangsungannya. Pelbagai usaha telah dilaksanakan ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan kehidupan yang harmoni di Taman Ilmu dan Budi ini. Antaranya, salah satu program tahunan yang dianjurkan oleh MPP ialah Minggu Perpaduan Ummah. Sepanjang program dijalankan pelbagai aktiviti menarik yang mampu menjadikan pelajar saling memahami antara satu sama lain, menghargai budaya orang lain, berkompromi dengan perbezaan pendapat dan saling mendokongi ke arah menyelesaikan maslahah yang lebih besar.

 

Semangat Juang dan Kesedaran Ummah

 

Selain itu, sebagai membuktikan bahawa mahasiswa merupakan mata rantai-mata rantai perjuangan, mahasiswa wajar untuk mengikuti dan memberikan pandangan di dalam segala isu dan perkembangan yang berlaku sama ada di dalam negeri mahupun di peringkat antarabangsa. Semangat juang dan kesedaran Ummah patut diberi penekanan. Usaha-usaha yang mampu menjadi kapasitor pengaktif ke arah kebangkitan bangsa, negara dan Ummah wajar diteruskan. Ini penting untuk melahirkan golongan mahasiswa yang berpandangan progresif dan saintifik serta bersedia menjunjung aspirasi negara dan seterusnya mampu memainkan peranan bermakna di dalam pola politik, sosial dan ekonomi dunia.

 

Hasrat sebegini amatlah perlu disegerakan untuk mengelakkan lahirnya mahasiswa bersikap jumud dan beku yang boleh mengundang kepada sindrom kejahilan, daya fikir yang sangat kerdil dan sempit serta terkesima dengan arus perubahan di sekelilingnya. Kesedaran tentang perihal Ummah seharusnya menjadi agenda penting ke arah mewujudkan masyarakat yang tidak statik atau terus berteleku di takuk lama. Dinamisme di dalam konservatisme sepatutnya menjadi dasar penting kepada semua graduan masa kini. Di sana sini kita melihat tiada hari yang berlalu tanpa berlaku jenayah kemanusiaan. Perang, kolonialisme, pemerkosaan hak asasi dan penganiayaan terus meronai kehidupan. Perang meletus di pelbagai sudut dunia, kolonialisme cara baru telah dizahirkan, pemerkosaan hak asasi manusia semakin bermaharajalela dan penganiayaan tidak berperikemanusiaan kian berleluasa. Sebaliknya, kesucian dan keluhuran warna-warna indah kemakmuran telah dinodai serta dilacuri semaksimanya. Justeru, di dalam kecelaruan dan kebobrokan masyarakat hari ini, satu transformsi kepimpinan yang lebih telus dan tidak hipokrit perlu dipastikan menguasai dunia. Pentadbiran yang kuku besi lagi keras kepala, ego lagi angkuh serta penindas lagi zalim wajar ditumbangkan. Satu kepimpinan yang memperjuangkan keamanan sejagat, keadilan sosial dan kebajikan rakyat harus dipilih menerajui manusia moden hari ini.

 

Penutup

 

Secara konklusinya, di dalam mengurus kejayaan pelbagai aspek yang saling tidak kurang pentingnya berbanding yang lain hendaklah dipakubesikan di benak dan sanubari mahasiswa. Sudah tiada masa untuk kita terus beretorika, bertegang leher dan berkering tekak berkonvensyen tanpa pengaplikasian resolusi menjadi realiti. Ingatlah, jatuh bangunnya generasi mendatang adalah impak terbesar dari generasi yang beraksi di tika ini.

 

Akhirnya, penulis ingin mengajak mahasiswa di seluruh kampus tanah air untuk merenung firman Allah yang bermaksud; “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”(Q.S al-Mujaadilah: 11). Imam Al Qurtubi berkata, “Maksud ayat di atas adalah, di dalam hal berkaitan pahala di Akhirat dan kemuliaan di dunia, Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman dan berilmu berbanding orang-orang yang tidak berilmu. Kata Ibnu Mas`ud, dalam ayat ini Allah memuji para ulama. Dan maksud ayat tersebut bahawa Allah akan meninggikan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat, adalah darjat dalam hal agama yakni apabila mereka melakukan perintah-perintah Allah” ‘Ala kulli hal, benarlah bahawa; “Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya, hanyalah para ulama.” (QS. al- Faathir: 28).

 

Oleh: MUHTAR BIN SUHAILI
Presiden, Majlis Perwakilan Pelajar 2003/2004
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Pejabat MPP UIAM, 21 Mac 2004.

 

Email: al_akhyar81@yahoo.com

http://www.muhtarsuhaili.com/

2 Responses

  1. banyak input/maklumat yang dapat diperolehi dari laman web ini.
    syabas en bakri =)

  2. article yang bgs utk mahasiawa dan mahasiswi masa kini..

Leave a Reply