Kadang kala bila kita berada di atas kita jarang untuk melihat di bawah , akan tetapi bila kita berada di bawah kita mendongak melihat ke atas. Ketika saya kecil saya sangat suka melihat kapal terbang yang selalu melintas di ruang angkasa yang merentasi bumbung rumah mak lang saya ketika itu di jalan peel pudu. Saya sering bertanya bila saya akan dapat naik kapal terbang. Impian saya termakbul bila saya mula bekerja di Kolej IKIP Pahang. Dalam usia muda, saya diberi tanggungjawab sebagai Pengurus IT dan Pusat Sumber setelah menamatkan Ijazah Sarjana Muda di UiTM. Kedudukan ini memberi peluang kepada saya menaiki kapal terbang dari Kuantan ke Kuala Lumpur hingga seluruh negara -negara di Asia. Mula-mula naik rasa seronok dan selalu duduk tepi kerana nak melihat permandangan dari atas ke bawah. Keadaan menjadi bosan bila saya sudah kerap dan mula muak naik kapal terbang terutama bila bertukar ke UiTM Sarawak. Selama 4 tahun saya bertugas di UiTM Sarawk, hampir setiap 2 minggu sekali saya akan ke Kuala Lumpur samaada menaiki penerbangan MAS (atas urusan kerja ) atau Airasia (urusan peribadi). Saya cuma naik pesawat – kemudian tidur bila berada di atas pesawat – jaga bila pesawat sudah berada di landasan. Saya sudah jemu untuk melihat apa yang terjadi di bawah. Moral daripada cerita di atas ialah bila kita sudah terlalu lama menjawat jawatan itu kita sudah alpa niat murni kita pada awal kita menduduki kerusi teratas.
Kini kita melihat ramai pemimpin yang kalah atau hilang jawatan serta kuasa dalam pilihanraya ke 12 mula mencari sesuatu untuk mendekati rakyat. Justeru itu saya tertarik bila terbaca usaha Dr.Khir mantan MB Selangor yang mula menulis Blog. Saya ucapkan syabas ke Dr.Khir kerana berani membuka langkah mendekati rakyat terutama golongan profesional dan belia menerusi Blog beliau – http://www.drkhir.blogspot.com . Cuma pesan beliau beliau berbunyi :-
“Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Terima kasih”.- Dr. Mohamad Khir Toyo
Saya ingin mengucapkan kepada Dr.Khir selamat datang ke dunia tanpa sempadan. Satu dunia atau kerajaan langit yang tidak pernah tidur yang penuh dengan ledakan maklumat. Maklumat yang hanya dihujung jari tanpa sebarang kos yang mahal. Dunia berubah, zaman turut berubah. Dunia tanpa wayar dan dunia digital telah mengambil tempat dan kini adalah masanya untuk memulakan sesuatu dalam perubahan zaaman. Wawasan 2020 yang dibina oleh Tun Dr.Mahathir telah nampak hasilnya.
Saya akan menyokong usaha Dr. Khir dan cuba menyalurkan maklumat terkini demi Agama Islam dan Bangsa Melayu. Itulah hasrat saya bila melahirkan Blog Suara Rakyat : Kecil Tapi Signifikan http://ebakry.wordpress.com.
Harapan saya agar laman Blog ini akan terus menjadi saluran rakyat kepada pemimpin atasan agar mereka selalu turun padang atau menjengah ke bawah melihat masalah masyarakat. Saya juga berharap lebih ramai pemimpin masyarakat mengikuti jejak langkah Dr. Khir menerbitkan Blog mereka agar rakyat boleh mengikuti aktiviti mereka dan menghantar segala aduan dan permasalahan kepada wakil kawasan yang telah mereka undi dalam PRU ke 12.
Wassalam
Penulis Suara Rakayat
Filed under: Pandangan Penulis
pehh ush ala dia punye comment.. dkat 600da