• Top Posts

  • Pages

  • Recent Posts

  • Archives

  • Top Clicks

  • Blog Stats

    • 18,918 hits
  • Recent Comments

    ya betull on Hishamuddin Rais menulis melal…
    Wahabe on Pena Mufti : Kekeliruan identi…
    Wahabe on Pena Mufti : Kekeliruan identi…
    yunos on Pena Mufti : Kekeliruan identi…
    Surat Pendek –… on Gaji Menteri & Tim. M…
  • RSS Malaysiakini

    • SPR minta nasihat peguam negara
      Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu meminta nasihat peguam negara memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
    • S'gor rugi RM136.4 juta di Bukit Botak
      Selangor dijangka menanggung kerugian lagi RM136.4 juta jika projek penempatan semula setinggan di Selayang - yang bermasalah sejak 1986 - diteruskan, kata menteri besar.
      Salhan K Ahmad
    • PKPIM: Jais patut benar penceramah Wahabi
      Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata jika selepas diberi tauliah, ada aduan terhadap mereka, maka ia boleh ditarik balik.
      Jimadie Shah Othman
    • Kota Siputeh diisytihar kosong
      dikemaskini Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
    • Anwar cabar k'jaan isu RM3 bilion
      Ketua pembangkang hari ini mencabar kerajaan supaya menyiasat semua akaun miliknya bagi membuktikan beliau mempunyai sumber kewangan meragukan sehingga mencecah beberapa bilion ringgit.
    • Ah Long ugut mangsa di facebook
      Ah Long kini menggunakan laman web sosial percuma yang popular iaitu facebook untuk mengugut dan memalukan peminjam yang gagal menjelas hutang.
    • Laporan wakil rakyat seleweng 24 Nov
      Laporan mengenai dakwaan berlaku penyelewengan wang peruntukan anggota parlimen dan ADUN akan dibentangkan oleh SPRM kepada sebuah panel khas pada 24 Nov ini.
    • Isu MB S'gor seleweng muncul lagi
      Hampir setahun isu menteri besar Selangor didakwa menyeleweng tenggelam, tiba-tiba ia muncul lagi melalui penafian NGO yang menyeret Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada SPRM.
    • K'jaan pandang serius ciplak di IPT
      Kementerian Pengajian Tinggi sangat memandang serius sebarang kes ciplak yang berlaku di institusi pengajian tinggi (IPT) dan tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah penciplakan.
    • 'Anwar tidak tahu pasal ekonomi'
      Mantan perdana menteri itu berkata, ketika berlaku krisis kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima pakai pendekatan IMF yang memburukkan lagi keadaan di negara ini.
  • RSS Alam Maya -Kehidupan tanpa sempadan

    • Memperkasakan Perpustakaan Desa melalui Web 2.0 November 11, 2009
      Salam buat semua.. Setiap hari ramai yang bertanya bila saya nak memulakan pengajian  PhD. Saya jadi rimas dengan soalan-soalan begini kerana ianya menambahkan ketakutan dalam diri saya. Ikhlas saya beritahu bahawa saya belum bersedia. Saya masih tercari-cari tajuk yang sesuai. Saya ditawarkan bidang Perpustakaan Desa sebagai topik kajian PhD saya. Saya send […]
      bakri88
    • Sentuhan Syima Fuyoo November 6, 2009
      Salam buat semua… Jika ada rezeki dan diizinkan oleh Allah swt saya hanya ada 1 bulan lagi di UiTM Johor sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Ini adalah destinasi saya yang terakhir dalam meniti tangga menimba ilmu.  Namun ramai rakan-rakan yang tertanya-tanya..”Bakri, jadi ke you nak further study? Buat kerja macam tak jadi nak sambun […]
      bakri88
    • Penjenamaan Semula IMS (Rebranding IMS) November 4, 2009
      Rebranding – To associate a new brand, trademark, image, or appearance with a product or service – wiktionary Salam buat semua.. Sudah lama saya ingin melakukan sesuatu perubahan untuk IMS ( Information Management Society) setelah saya melepaskan jawatan sebagai Penasihat Persatuan IMS. Ketika saya mengambil alih persatuan IMS, saya mempunyai ban […]
      bakri88
    • Wajah & Aplikasi Baru IMS Yahoo Groups October 30, 2009
      Sejak memenangi pingat emas dalam IID Johor 2009 fikiran saya tidak duduk diam. Tugas menjadi lebih berat kerana kriteria untuk bertanding di IID Shah Alam perlu melalaui proses yang rumit. Produk perlu di patent dan perlu ada penyelidikan ke atasnya. Sudah dua malam saya tidur lewat untuk membuat sedikit pencarian bahan di Internet untuk prodak [...]
      bakri88
    • IID & PhD October 29, 2009
      Tugas dan amanah mengajar semester ini telah selesai. Alahai malasnya nak memeriksa kertas peperiksaaan ahir pelajar apatah lagi menyemak semua final report ETR 300 pelajar. Saya mahu menumpukan 2 perkara buat masa ini iaitu Projek IID dan pengajian PhD. Soal KIK saya serahkan pada rakan yang lain. Mereka lebih arif apa yang perlu dilakukan. Kebetulan [...]
      bakri88
  • RSS KLpost dot com

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Perisik rakyat

    • Ceramah Umum, Dr Mujahid Yusuf, Ustaz Kamarudin Sidek MALAM INI November 16, 2009
      Jemput Hadir keCeramah Umum, Dr Mujahid Yusuf, Ustaz Kamarudin SidekDr Mujahid Yusuf.-Ahli Parlimen Parit Buntar-Pengerusi Lanjah Perpaduan Kaum PAS.Ustaz Kamarudin Sidek-Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka17hb November 20099.20 ptg - 11.55 ptgBaitul Hikmah Kampung Sempang, Merlimau Melaka
      noreply@blogger.com (Hasbullah Pit)
    • DUN Kota Siputeh:ADUN dah Bangun..Kosonglah Kerusi tu.. November 16, 2009
      Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekal […]
      noreply@blogger.com (pengliporlari)
    • Musim Mambantai Pakatan Rakyat..! (bhg II) November 16, 2009
      Balik pada sikap Pimpinan dan ahli 3 parti dalam Pakatan Rakyat. buat masa ni, aku rasa yang paling profesional ialah ahli-ahli dan jugak Pimpinan-Pimpinan dari parti DAP. mungkin ramai yang akan bantai aku balik lepas ni sebab aku puji DAP, parti yang dikatakan sebagai "parti untuk orang cina".Yang tu kenyataan paling "Assobiyah" bagi ak […]
      noreply@blogger.com (Topeng Perak® Unmasked)
    • Putera MIC Is Now Available In Unitar & Other Universities! Is Education Ministry Allows Politics In Local Campuses? November 16, 2009
      'It’s dangerous to be right, when the government is wrong! But still some of our local University students hope action from the government to 'kick out' politics from their University. The ugly truth revealed by a student from Unitar when his campus ‘polluted’ by MIC’s political programmes. Persatuan Mahasiswa India Universiti Tun Abdul Razak […]
      vasantaraoappalasamy@yahoo.com (BANGSA MALAYSIA)
    • Penerimaan "Sponsor" Haji Oleh Tok Guru Menggangu Persepsi Terhadap PAS? November 16, 2009
      Dalam satu "mailing-list" yang saya anggotai, isu Tok Guru menerima tawaran haji telah hangat diperbincangkan. Hujah mereka ini adalah penerimaan itu akan menyebabkan persepsi rakyat kepada tok guru dan PAS terjejas. Ikutilah butir2 perbincangan tersebut seperti dibawah -Soalan : Tapi, pembiayaan TGNA ke Mekah agak sukar dipertahankan sbb yang spon […]
      noreply@blogger.com (Tulang Besi)
    • Musim Membantai Pakatan Rakyat..! November 15, 2009
      Seawal sebelum Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, kebanyakan blog-blog pro Pakatan Rakyat secara drastik telah berubah dari membantai UMNO/Beer eNd, kepada membantai pimpinan Pakatan Rakyat sendiri.Dan dari 3 parti dibawah naungan Pakatan Rakyat, yang paling hebat diserang dari segenap sudut ialah Pimpinan PAS pro UG/KP (Unity Government/KERAjaan Pungkoq).Apa y […]
      noreply@blogger.com (Topeng Perak® Unmasked)
    • Rukun Islam Keenam..? November 15, 2009
      Ada sorang geng tinggal komen dalam artikel aku dekat sini...Gua pun pergi masuk siasat dekat sini...Link dia yang ni ha -http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/14/mstar_berita/20091114174038&sec=mstar_beritaNama penulis artikel ni - Rozaid A.RahmanSikit petikan dari artikel -Tapi bagaimana pula dengan soal menerima RM65,000 sebagai ‘hadiah’ […]
      noreply@blogger.com (Topeng Perak® Unmasked)
    • Perkara Yang Saya Dedah Bukan Rahsia Lagi, Ianya Sudah Berada Dalam Tangan UMNO November 14, 2009
      Perkara yang saya dedah ini bukan perkara rahsia kerana mengikut beberapa sumber dari berbagai blog, salinan rakaman ini sudah pun berada dalam tangan UMNO.Jangan lupa bahawa isu ini mula pecah hasil dari perjumpaan Blogger UMNO dengan Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali di kediaman beliau tempohari.Hasil dari itu, Mahaguru58 yang mula2 membuat pendedahan cerit […]
      noreply@blogger.com (Tulang Besi)
    • Senarai Kontraktor UMNO Yang Dapat Habuan Melalui Hasan Ali..? November 14, 2009
      Antara kontraktor UMNO yang dapat habuan kerana banyak membantu DHA nak bawa PAS bergabung dengan UMNO adalah :1 - Bersih Bekal.2 - EDX Jaya yang dipunyai Hamidi. Dia ni budak Halim. Halim pula adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Subang, yang sekarang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Subang. Dia ni banyak membantu DHA dalam isu kepala lembu di Shah Alam dulu.3 -H […]
      noreply@blogger.com (Topeng Perak® Unmasked)
    • Rakaman Dialog Bloggers dengan Ustaz Nasa/DatoHasan (Baiaah Taalik) November 14, 2009
      Tulang Besi telah mendapat salinan rakaman Dialog antara Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa dengan blogger (UMNO dan PAS). Saya akan mula mengeluarkan rakaman2 ini dalam fasa2 mengikut isu dan kepentingan. Adalah amanah yang diberikan kepada saya mengeluarkan maklumat ini kepada ahli dan penyokong-penyokong PAS.Saya bercadang untuk melepaskan rakaman2 ini seca […]
      noreply@blogger.com (Tulang Besi)

Pena Mufti : Kekeliruan identiti menjadikan kita hilang arah

Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

 

Saya baru sahaja berjumpa dengan Perdana Menteri secara peribadi di pejabatnya pada hari Khamis lepas. Saya memberikan pandangan dalam beberapa perkara. Antaranya mengenai tuntutan memaklumkan keislaman seseorang yang baru menganut Islam kepada keluarga. Saya bertanya maksud beliau, kerana saya amat tidak bersetuju jika itu dijadikan syarat. Beliau memberitahu saya, itu bukan syarat pengesahan pendaftaran. Beliau akan membuat penjelasan nanti. Saya berterima kasih dan lega. Jika tidak, saudara-saudara muslim kita yang baru akan menjadi mangsa, sama ada tekanan keluarga atau tekanan undang-undang. Maka betapa Islam yang menjadi agama rasmi negara ini, penganutnya pula tertindas. Di manakah identiti Islam dalam negara ini?

Melihat fonomena semasa, amat mendukacitakan kita. Orang politik Melayu- Muslim kita, hampir kesemua aliran yang ada sedang kegilaan mendapatkan kuasa. Bagaikan seseorang yang sedang jatuh cinta yang terlampau dan sanggup mengorbankan apa sahaja. Bak kata P.Ramlee dalam lagunya: Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra, sejati dan mulia. Kepentingan sendiri tidak diingini, bahagia kekasih saja yang diharapi. Saya fikir ramai di kalangan pemimpin politik yang beragama Islam yang mungkin jika menyanyikan lagu ini semula maka begini bunyinya: Berkorban apa sahaja, agama ataupun negara. Itulah bukti kerjasama sehati dan saksama. Kepentingan umat sendiri tidak diingini, bahagia pengundi, itulah yang diharapi. Saya tidak perkauman. Saya bukan pejuang bangsa tetapi saya ingin berjuang untuk kepentingan umat Islam, tanpa mengira bangsa, dalam masa yang sama memberi keadilan untuk semua. Namun dalam acuan dan kerangka yang diajar oleh Islam.

Saya tidak pernah menafikan hak bukan Muslim dalam negara ini. Islam mengiktirafnya. Tetapi saya bimbang dalam keinginan ahli-ahli politik Muslim untuk menjaga hati pasangan mereka, mereka melupai identiti diri dan masa depan umat sendiri. Hinggakan dahulu ada yang mengkafirkan orang lain kerana kerjasama dengan parti bukan Muslim atau memangkah calon yang bukan Muslim, hari ini dunianya pun sudah terbalik. Sepatutnya fatwa itu ditarik dahulu, atau diberikan penjelasan semula agar tiada siapa yang akhirnya mengkafirkan dirinya sendiri. Bukanlah isu itu yang hendak dibangkitkan, sebaliknya nak menjelaskan betapa tsunami politik boleh mengubah banyak perkara. Itu mungkin biasa. Tetapi jangan sampai menggadaikan diri kita semua.

Sekali lagi, saya tidak fanatik melulu. Tulisan dan pendapat saya sentiasa stabil tentang perlunya Islam ini digambarkan secara lunak dan murni kepada non-Muslim. Namun kali ini saya ingin meminta mereka semua berfikir, atau pembaca saya menyampaikan fikiran ini kepada mereka. Kecenderungan sesetengah mereka di akhir-akhir ini untuk menuntut berbagai- bagai perkara, agak merisaukan. Apatah lagi mereka tahu, rakan-rakan politik dari pelbagai aliran akan melayan demi kerusi kesayangan atau idaman. Setiap warganegara dalam naungan politik Islami, boleh menuntut haknya jika benar itu haknya. Namun tuntutan sehingga kepada peringkat menghakis identiti negara ini sebagai negara Muslim amat berbahaya.

Menyangka

Mereka janganlah menyangka bahawa orang Islam di Malaysia begitu tidak adil. Sehingga kononnya ingin menjemput bantuan luar. Kita tidak ingin membabitkan dosa luar dibawa ke mari. Jika kita ingin menilai berdasarkan pendangan luar, kita mungkin boleh bertanya; adakah umat Islam di India mendapat hak seperti kaum Hindu mendapat hak dalam negara ini? Di India, masjid mereka diruntuhkan, mereka ada yang dibunuh, dirogol, diseksa dan berbagai-bagai lagi. Namun pernah itu dijadikan sukatan dalam memberikan hak dalam negara ini? Tentu sama sekali tidak. Islam pun berpegang bahawa seseorang tidak menanggung dosa orang lain. Lihatlah layanan yang diperoleh oleh masyarakat muslim di China. Bandingkanlah apa yang telah diperoleh oleh kaum Cina bukan Muslim di negara ini pula. Lihatlah pula minoriti Muslim di negara-negara majoriti Hindu atau Buddha. Jikalaulah sukatan luar itu diambil sebagai penilaian, tentulah buruk natijahnya. Lihatlah Amerika yang menyeru kepada demokrasi. Pertempuran di Iraq, Afghanistan dan kebangkitan rakyat Palestin yang dizalimi menentang kekasihnya Israel, turut ditanggung oleh rakyat Muslim di Amerika. Mereka dilayan dengan cara yang menakutkan. Adakah hal ini dilakukan dalam negara ini? Kita telah hidup dalam keadaan aman. Keamanan ini jika dikoyak, sukar untuk dicantumkan kembali.

Apabila Islam diberikan kelebihan dalam negara ini, itu adalah perkara biasa. Ini kerana Islam adalah agama rasmi negara dan majoriti penduduknya menganut Islam. Inilah juga berlaku di India, Thailand dan lain-lain yang mengutamakan agama negara. Bahkan negara-negara yang memakai label sekular di Barat memberikan keutamaan kepada agama Kristian melebihi agama lain. Tiba-tiba ada pihak yang menganggap keistimewaan yang diberikan kepada agama Islam dalam negara ini sebagai tidak adil. Malangnya disokong pula oleh yang mengaku Muslim. Padahal ada agama tertentu yang telah mengkasta-kasta sesama penganutnya pun. Sehingga ke tahap yang – pada penilaian Islam- amat tidak wajar dari segi kemanusiaan. Sehinggakan kasta bawahan tidak boleh makan atau bergaul bersama kasta atasan. Itupun diterima. Tiba-tiba dibantah kelebihan yang diberikan dari segi perlembagaan dan kewangan kepada agama Islam.

Pun begitu, kita juga dalam masa yang sama menyedari bahawa ada perkara yang berhubung dengan hak bukan Muslim yang perlu untuk disemak dan diteliti semula. Jika ada kecacatan tentang hak mereka, bukanlah salah ajaran Islam, jangan mereka mentohmah Islam. Mungkin beberapa kesilapan penganutnya atau pengurusan yang tidak tepat. Percayalah, tidak ada agama dalam dunia yang begitu meraikan kebajikan bukan penganutnya seperti ajaran Islam ini. Lihat al-Quran menyebut: (maksudnya) Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah al- Mumtahanah ayat 8-9).

Bahkan Allah menjamin bukan Muslim dalam keadaan yang sukar dengan menyebut: (maksudnya): Dan jika seseorang daripada kalangan Musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan Rasul-Nya bagi orang-orang Musyrikin (sedangkan mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (Musyrikin) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjidilharam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang- orang yang bertakwa. (Surah al-Taubah: 6-7). Apakah ada jaminan dalam nas- nas agama lain terhadap umat Islam?

Apa yang menjadi masalah pada hari ini bukanlah ajaran Islam yang perlu dbimbangi oleh mereka jika dilaksanakan dengan penuh penghayatan terhadap asas keadilan yang menjadi teras agama ini. Apa yang menjadi masalah adalah sikap dan kelakuan sesetengah umat Islam itu sendiri yang tidak menunjukkan imej yang baik tentang Islam. Saya pernah membangkitkan berbagai-bagai isu yang salah ditangani oleh orang Islam. Dulu saya pernah bangkit ‘isu bin Abdullah’, isu jawab salam, isu murtad dan berbagai-bagai lagi. Begitu juga saya kurang setuju kita merebut jenazah yang tidak ada bukti yang kukuh tentang keislamannya. Sehingga menimbulkan salah faham, atau mudarat kepada Islam. Rasulullah saw pun tidak menuntut jenazah Raja Habsyah iaitu Najasyi yang menganut Islam secara sembunyi dan mati di sana. Kerajaan Habsyah adalah kerajaan Kristian. Keislaman Raja Najasyi adalah secara sembunyi. Orang Islam mengetahui keislamannya. Dia sering berutusan dengan Nabi SAW. Namun apabila dia meninggal, Nabi SAW hanya bersolat jenazah secara ghaib (tanpa kewujudan jenazah) di Madinah. Dalam hadis al-Bukhari: daripada Jabir r.a: Nabi SAW bersabda -ketika kematian Najasyi-: Telah mati pada hari ini seorang lelaki soleh. Bangunlah dan bersolatlah ke atas saudara kamu Ashamah (nama Najasyi). Para sarjana fikah mengulas berbagai-bagai alasan tentang solat jenazah ghaib ini. Antara mereka ada yang menyebut disebabkan jenazahnya tidak disolatkan di tempat kematiannya kerana berada bersama dengan orang Kristian. Jika jenazah Najasyi yang disayangi oleh Nabi SAW lagi nyata Muslim di sisi orang Islam Madinah apabila tiada keupayaan untuk menuntutnya dibiarkan tanpa dituntut, demikianlah jenazah Muslim biasa yang tiada bukti yang jelas, maka bagaimanakah kita hendak terus menuntutnya? Allah Maha Mengetahui keadaan setiap hamba-Nya yang mati.

Menghormati

Mereka bukan Islam juga hendaklah menghormati perasaan umat Islam dalam negara ini. Mereka hendaklah mengelakkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan sensitiviti umat Islam. Menghina ajaran Islam; seperti mencerca atau mengutuk Allah, atau para nabi wajib dielakkan dalam apa bentuk sekalipun. Demikian juga seperti meminum arak di khalayak ramai, memakan, menjual atau menternak babi secara terbuka dan seumpamanya. Walaupun hal itu tidak menjadi kesalahan bagi mereka, namun ia sensitif bagi umat Islam. Mereka boleh makan dan minum di kalangan mereka tetapi bukan secara terbuka sehingga menimbulkan keresahan.

Malangnya dalam negara kita, umat Islam sendiri telah double-standard, arak dan babi keduanya diharamkan Allah, tapi cuma babi sahaja yang dijauhi, sementara arak diiklan secara meluas. Sedangkan nas-nas pengharaman arak lebih banyak dan tegas daripada larangan memakan babi. Sepatutnya pemerintah di setiap peringkat – negeri ataupun pusat – dalam negara ini mempertahankan identiti negara ini, jangan sampai kita menjadi pengekspot babi ataupun arak.

Identiti Islam dalam negara kita ini dari beberapa sudut amat samar. Maka tidak hairan jika Muslim dan bukan Muslim semakin keliru. Sesetengah pentas kita berkata ingin menghayati Islam. Tetapi akhirnya yang nampak hanyalah slogan dan kain rentang semata. Saya tidak maksudkan dengan identiti Islam itu pemimpin negara ini kena berserban dan berjubah, atau pakaian rakyat jelata ditukarkan kepada fesyen Arab, atau dendangan nasyid di sepanjang jalan, atau diharamkan hiburan dan filem seperti yang dibayangi oleh sesetengah pendendang negara Islam tanpa kefahaman yang betul. Tetapi saya maksudkan identiti negara Islam itu prinsip-prinsip Islam mesti dipertahankan. Keadilan, ketelusan, keamanan dan kemuliaan negara berdasarkan Islam. Semua perdagangan, pertahanan, pendidikan, alam sekitar, hubungan sosial dan selainnya mestilah dibina atas prinsip-prinsip mulia yang diasaskan oleh Islam. Jika ini berlaku, maka Islam akan difahami dan dipandang tinggi oleh bukan Islam. Jika tidak, mereka keliru dan tiada penghormatan kepada penganutnya. Saya tidak tahu di manakah identiti Islam bagi negara ini jika saya berjalan di Bukit Bintang. Di manakah gambaran keindahan Islam yang menjaga kerosakan akal, jika pusat-pusat hiburan kita penuh dengan manusia mabuk dan hilang akal? Jika sampai sahaja ke gerbang negara ini, kedai-kedai arak dijual terbuka. Apakah negara ini kelihatan amat mundur kerana tidak manusia mabuk? Apakah bukan Muslim akan rasa begitu tertindas jika arak tidak dipamerkan secara terbuka? Saya tidak fikir mereka merasa begitu. Akhirnya kita menghadapi krisis identiti diri. Antara slogan Islam dan penghayatan yang dilaksanakan. Seperti seorang artis yang keliru antara ingin menjadi penyanyi atau menjadi super man. Krisis identiti ini juga kadangkala seperti seorang yang berjantina lain, tetapi berkecenderungan lain. Akhirnya ‘saudara’ pun tidak, saudari pun tidak. Maka akhirnya mungkin dipanggil ‘saudarai’. Negara kita ini perlu menjelaskan apakah identitinya yang sebenar? Setelah dijelaskan maka senanglah untuk kita membuat penilaian atas tindakan. Saya lihat kekeliruan sarat berlaku kepada semua jenama parti politik yang ada. Tsumani politik telah merubah banyak identiti negara dan parti.

- DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Sumber: Mingguan Malaysia  :Ahad 20 April 2008

3 Responses

  1. Saudara Asri…

    Saya difahamkan nama sebenar ayah saudara ialah Abdul Talib dan bukannya Zainul Abidin? Saya benar2 ingin mendapatkan kepastian dan saya takut perkara ini adalah fitnah yang ingin memburukkan imej saudara sebagai mantan mufti yang paling popular . Dan solan kedua saya bagaimana perkembangan kumpulan saudara ( Algebra )? bila album nak keluar. Saya yakin sekiranya album saudara keluar saudara akan menjadi lebih popular lagi. Memandangkan Saudara michael Jackson pun sudah meninggal dunia saya percaya dengan usaha dan kegigihan saudara berlatih tidak mustahil saudara juga boleh menjadi Raja Pop dunia suatu hari nanti. Selain menyanyi saya mencadangkan agar saudara belajar tarian ala BREAKDANCE ataupun shuffle ini akan membuatkan persembahan saudara lebih mantap dan lebih menghiburkan hati para penonton. Tetapi saya mengingat saudara apabila saudara sudah berada di puncak nanti janganlah saudara terikut2 dengan budaya barat seperti tindik telinga, bertatoo dan sebagainya apatah lagi membuat botox kerana ini semua bukan budaya kita. Sebagai umat islam kita ditegah melakukan perkara tersebut. Akhir kata dari saya teruskan usaha saudara dalam bidang nyanyian dan belajarlah dari mereka yang pakar untuk control pentas supaya konsert saudara nanti dapat menghiburkan hati para penonton. Jangan sia-siakan harapan mereka. Buatlah yang terbaik untuk mereka… wasalam

  2. Salam.

    Saya kurang bersetuju dengan pendapat saudara Yunus. Pada pendapat saya bekas Mufti sebagaimana Encik Asri adalah amat tidak layak untuk menjadi artis. Bukankah sudah banyak artis di tanah air kita ini? Buat apa pula Asri pun hendak dijadikan artis? Kemanakah akal kamu wahai saudara Yunos??? Berfikirlah dengan waras sebelum berkata kerana itu lebih baik daripada bercakap tanpa berfikir.

  3. SAMBUNG”’

    Saya lebih suka sekiranya en Asri menjadi seorang pelakon drama yang bertemakan kemasyarakatan dan alam sekitar. dengan ilmu dan kesarjanaan tinggi yang beliau miliki pasti membolehkan beliau bersaing diperingkat antarabangsa termasuk Sabah, Sarawak dan Kalimantan Utara.
    Tetapi ingat, jangan pula enci Asri cuba berlakon dalam filem cinta kerana dalam filem cinta terdapat sedikit sebanyak babak berpelukan, bercumbu-cumbuan. Saya memang tidak sanggup melihat aksi en asri sebegitu sungguh memalukan.
    Filem aksi juga amat sesuai dilakonkan oleh en Asri. Dan kalau boleh en asri digandingkan dengan Awie dalam sebuah filem yang bertemakan keganasan. di mana dalam filem tersebut awie memegang watak sebagai haiwan peliharaan Asri kemudian awie telah ditangkap oleh PERHILITAN memandangkan beliau merupakan haiwan PERLINDUNGAN dan merupakan spesis yang hampir pupus sehinggalah berlakunya pergelutan di antara Asri dengan pegawai PERHILITAN. Saya rasa cerita sebegini dapat mencabar kemampuan sebenar en Asri sebagai pelakon.

    Bersambung

Leave a Reply