• Top Posts

  • Pages

  • Recent Posts

  • Archives

  • Top Clicks

  • Blog Stats

    • 18,918 hits
  • Recent Comments

    ya betull on Hishamuddin Rais menulis melal…
    Wahabe on Pena Mufti : Kekeliruan identi…
    Wahabe on Pena Mufti : Kekeliruan identi…
    yunos on Pena Mufti : Kekeliruan identi…
    Surat Pendek –… on Gaji Menteri & Tim. M…
  • RSS Malaysiakini

    • SPR minta nasihat peguam negara
      Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu meminta nasihat peguam negara memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
    • S'gor rugi RM136.4 juta di Bukit Botak
      Selangor dijangka menanggung kerugian lagi RM136.4 juta jika projek penempatan semula setinggan di Selayang - yang bermasalah sejak 1986 - diteruskan, kata menteri besar.
      Salhan K Ahmad
    • PKPIM: Jais patut benar penceramah Wahabi
      Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata jika selepas diberi tauliah, ada aduan terhadap mereka, maka ia boleh ditarik balik.
      Jimadie Shah Othman
    • Kota Siputeh diisytihar kosong
      dikemaskini Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
    • Anwar cabar k'jaan isu RM3 bilion
      Ketua pembangkang hari ini mencabar kerajaan supaya menyiasat semua akaun miliknya bagi membuktikan beliau mempunyai sumber kewangan meragukan sehingga mencecah beberapa bilion ringgit.
    • Ah Long ugut mangsa di facebook
      Ah Long kini menggunakan laman web sosial percuma yang popular iaitu facebook untuk mengugut dan memalukan peminjam yang gagal menjelas hutang.
    • Laporan wakil rakyat seleweng 24 Nov
      Laporan mengenai dakwaan berlaku penyelewengan wang peruntukan anggota parlimen dan ADUN akan dibentangkan oleh SPRM kepada sebuah panel khas pada 24 Nov ini.
    • Isu MB S'gor seleweng muncul lagi
      Hampir setahun isu menteri besar Selangor didakwa menyeleweng tenggelam, tiba-tiba ia muncul lagi melalui penafian NGO yang menyeret Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada SPRM.
    • K'jaan pandang serius ciplak di IPT
      Kementerian Pengajian Tinggi sangat memandang serius sebarang kes ciplak yang berlaku di institusi pengajian tinggi (IPT) dan tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah penciplakan.
    • 'Anwar tidak tahu pasal ekonomi'
      Mantan perdana menteri itu berkata, ketika berlaku krisis kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima pakai pendekatan IMF yang memburukkan lagi keadaan di negara ini.
  • RSS Alam Maya -Kehidupan tanpa sempadan

    • Memperkasakan Perpustakaan Desa melalui Web 2.0 November 11, 2009
      Salam buat semua.. Setiap hari ramai yang bertanya bila saya nak memulakan pengajian  PhD. Saya jadi rimas dengan soalan-soalan begini kerana ianya menambahkan ketakutan dalam diri saya. Ikhlas saya beritahu bahawa saya belum bersedia. Saya masih tercari-cari tajuk yang sesuai. Saya ditawarkan bidang Perpustakaan Desa sebagai topik kajian PhD saya. Saya send […]
      bakri88
    • Sentuhan Syima Fuyoo November 6, 2009
      Salam buat semua… Jika ada rezeki dan diizinkan oleh Allah swt saya hanya ada 1 bulan lagi di UiTM Johor sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Ini adalah destinasi saya yang terakhir dalam meniti tangga menimba ilmu.  Namun ramai rakan-rakan yang tertanya-tanya..”Bakri, jadi ke you nak further study? Buat kerja macam tak jadi nak sambun […]
      bakri88
    • Penjenamaan Semula IMS (Rebranding IMS) November 4, 2009
      Rebranding – To associate a new brand, trademark, image, or appearance with a product or service – wiktionary Salam buat semua.. Sudah lama saya ingin melakukan sesuatu perubahan untuk IMS ( Information Management Society) setelah saya melepaskan jawatan sebagai Penasihat Persatuan IMS. Ketika saya mengambil alih persatuan IMS, saya mempunyai ban […]
      bakri88
    • Wajah & Aplikasi Baru IMS Yahoo Groups October 30, 2009
      Sejak memenangi pingat emas dalam IID Johor 2009 fikiran saya tidak duduk diam. Tugas menjadi lebih berat kerana kriteria untuk bertanding di IID Shah Alam perlu melalaui proses yang rumit. Produk perlu di patent dan perlu ada penyelidikan ke atasnya. Sudah dua malam saya tidur lewat untuk membuat sedikit pencarian bahan di Internet untuk prodak [...]
      bakri88
    • IID & PhD October 29, 2009
      Tugas dan amanah mengajar semester ini telah selesai. Alahai malasnya nak memeriksa kertas peperiksaaan ahir pelajar apatah lagi menyemak semua final report ETR 300 pelajar. Saya mahu menumpukan 2 perkara buat masa ini iaitu Projek IID dan pengajian PhD. Soal KIK saya serahkan pada rakan yang lain. Mereka lebih arif apa yang perlu dilakukan. Kebetulan [...]
      bakri88
  • RSS KLpost dot com

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Perisik rakyat

    • Ceramah Umum, Dr Mujahid Yusuf, Ustaz Kamarudin Sidek MALAM INI November 16, 2009
      Jemput Hadir keCeramah Umum, Dr Mujahid Yusuf, Ustaz Kamarudin SidekDr Mujahid Yusuf.-Ahli Parlimen Parit Buntar-Pengerusi Lanjah Perpaduan Kaum PAS.Ustaz Kamarudin Sidek-Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka17hb November 20099.20 ptg - 11.55 ptgBaitul Hikmah Kampung Sempang, Merlimau Melaka
      noreply@blogger.com (Hasbullah Pit)
    • DUN Kota Siputeh:ADUN dah Bangun..Kosonglah Kerusi tu.. November 16, 2009
      Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekal […]
      noreply@blogger.com (pengliporlari)
    • Musim Mambantai Pakatan Rakyat..! (bhg II) November 16, 2009
      Balik pada sikap Pimpinan dan ahli 3 parti dalam Pakatan Rakyat. buat masa ni, aku rasa yang paling profesional ialah ahli-ahli dan jugak Pimpinan-Pimpinan dari parti DAP. mungkin ramai yang akan bantai aku balik lepas ni sebab aku puji DAP, parti yang dikatakan sebagai "parti untuk orang cina".Yang tu kenyataan paling "Assobiyah" bagi ak […]
      noreply@blogger.com (Topeng Perak® Unmasked)
    • Putera MIC Is Now Available In Unitar & Other Universities! Is Education Ministry Allows Politics In Local Campuses? November 16, 2009
      'It’s dangerous to be right, when the government is wrong! But still some of our local University students hope action from the government to 'kick out' politics from their University. The ugly truth revealed by a student from Unitar when his campus ‘polluted’ by MIC’s political programmes. Persatuan Mahasiswa India Universiti Tun Abdul Razak […]
      vasantaraoappalasamy@yahoo.com (BANGSA MALAYSIA)
    • Penerimaan "Sponsor" Haji Oleh Tok Guru Menggangu Persepsi Terhadap PAS? November 16, 2009
      Dalam satu "mailing-list" yang saya anggotai, isu Tok Guru menerima tawaran haji telah hangat diperbincangkan. Hujah mereka ini adalah penerimaan itu akan menyebabkan persepsi rakyat kepada tok guru dan PAS terjejas. Ikutilah butir2 perbincangan tersebut seperti dibawah -Soalan : Tapi, pembiayaan TGNA ke Mekah agak sukar dipertahankan sbb yang spon […]
      noreply@blogger.com (Tulang Besi)
    • Musim Membantai Pakatan Rakyat..! November 15, 2009
      Seawal sebelum Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, kebanyakan blog-blog pro Pakatan Rakyat secara drastik telah berubah dari membantai UMNO/Beer eNd, kepada membantai pimpinan Pakatan Rakyat sendiri.Dan dari 3 parti dibawah naungan Pakatan Rakyat, yang paling hebat diserang dari segenap sudut ialah Pimpinan PAS pro UG/KP (Unity Government/KERAjaan Pungkoq).Apa y […]
      noreply@blogger.com (Topeng Perak® Unmasked)
    • Rukun Islam Keenam..? November 15, 2009
      Ada sorang geng tinggal komen dalam artikel aku dekat sini...Gua pun pergi masuk siasat dekat sini...Link dia yang ni ha -http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/14/mstar_berita/20091114174038&sec=mstar_beritaNama penulis artikel ni - Rozaid A.RahmanSikit petikan dari artikel -Tapi bagaimana pula dengan soal menerima RM65,000 sebagai ‘hadiah’ […]
      noreply@blogger.com (Topeng Perak® Unmasked)
    • Perkara Yang Saya Dedah Bukan Rahsia Lagi, Ianya Sudah Berada Dalam Tangan UMNO November 14, 2009
      Perkara yang saya dedah ini bukan perkara rahsia kerana mengikut beberapa sumber dari berbagai blog, salinan rakaman ini sudah pun berada dalam tangan UMNO.Jangan lupa bahawa isu ini mula pecah hasil dari perjumpaan Blogger UMNO dengan Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali di kediaman beliau tempohari.Hasil dari itu, Mahaguru58 yang mula2 membuat pendedahan cerit […]
      noreply@blogger.com (Tulang Besi)
    • Senarai Kontraktor UMNO Yang Dapat Habuan Melalui Hasan Ali..? November 14, 2009
      Antara kontraktor UMNO yang dapat habuan kerana banyak membantu DHA nak bawa PAS bergabung dengan UMNO adalah :1 - Bersih Bekal.2 - EDX Jaya yang dipunyai Hamidi. Dia ni budak Halim. Halim pula adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Subang, yang sekarang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Subang. Dia ni banyak membantu DHA dalam isu kepala lembu di Shah Alam dulu.3 -H […]
      noreply@blogger.com (Topeng Perak® Unmasked)
    • Rakaman Dialog Bloggers dengan Ustaz Nasa/DatoHasan (Baiaah Taalik) November 14, 2009
      Tulang Besi telah mendapat salinan rakaman Dialog antara Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa dengan blogger (UMNO dan PAS). Saya akan mula mengeluarkan rakaman2 ini dalam fasa2 mengikut isu dan kepentingan. Adalah amanah yang diberikan kepada saya mengeluarkan maklumat ini kepada ahli dan penyokong-penyokong PAS.Saya bercadang untuk melepaskan rakaman2 ini seca […]
      noreply@blogger.com (Tulang Besi)

Jom Pakat Sertai Tun Dr. Mahathir keluar UMNO

Salam semua warga Malaysia & Ahli UMNO,

Warga Malaysia terutama Ahli UMNO terkejut dengan pemgumuman TUN Dr. Mahathir. Namun saya percaya TUN Dr. Mahathir ada jawapannya. Saya menyeru semua ahli UMNO keluar parti agar Pak Lah segera turun dari tahtanya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia telah hilang kepercayaan kepada Pak Lah memimpin negara. Negara ini dikuasai oleh ahli keluarga Pak Lah dan bukannya rakyat. Keaadaan negara berada di tahap yang membimbangkan di bawah kepimpinan beliau. Dengan harga barang yang terus naik saya rasa beliau bukanlah pemimpin yang bijak dan berwawasan. Menantu beliau Khairy menguasai pemikiran dan tindakan Pak Lah untuk menerajui negara. Khairy walaupun berkelulusan Oxford tetapi hanyalah ahli parlimen. Namun beliau mempunyai harta berbilion ringgit dalam usia yg muda. Apa perniagaan beliau hingga mampu mengaut harta negara sebegitu banyak?

Kata-kata Tun Dr. Mahathir ada benarnya dalam Blog beliau…. http://www.chedet.com/2008/05/pengumuman-keluar-dari-umno.html.

PENGUMUMAN KELUAR DARI UMNO – 19 Mei 2008

Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

Oleh itu saya menyeru semua ahli UMNO menunjukkan sokongan kepada TUN Dr. Mahathir keluar dari UMNO sehingga Pak Lah meletakkan jawatan sebagai President UMNO & Perdana Menteri Malysia. Kita masuk semula UMNO bila kita berjaya jatuhkan Pak Lah. TUNJUKKAN KUASA RAKYAT :- BUKAN PEMIMPIN TENTUKAN NASIB RAKYAT TETAPI RAKYAT TENTUKAN NASIB PEMIMPIN.

Semoga ALLAH merestui perjuagan kita semua untuk menyelamatkan Melayu dan Rakyat Malaysia.  AMIN

Wassalam

Suara Rakyat

2 Responses

  1. good list… now i only know where my income tax go

  2. Salam….
    Tindakan keluar daripada Umno bukanlah tindakan yang bijak, namun setiap orang berhak membuat pilihannya jika itu dirasakan betul baginya. Pertama sekali, saya amat menyokong tindakan Dr. M yang tidak henti-henti mengkritik Pak Lah. Kita sebagai rakyat biasa pun gusar dengan keadaan Umno kini, apatah lagi Tun yang telah banyak berkorban untuk parti ini. Malangnya, Tun telah dilabel sebagai seorang yang berniat jahat dan duri dalam daging Umno. Pelbagai cemuhan dilemparkan kepada Tun. Malah, “anak didik” sendiri telah melupakan jasa Tun. Bagi saya, Pak Lah hanya boleh “diremoved” dari dalam Umno sahaja. Harus ada pihak yang berani memperjuangkan harappan ahli Umno lain yang mahukan perubahan di dalam Umno, bukan hanya duduk memekakkan telinga mendengar rintihan kerdil mereka ini. Golongan sebegini hanya mahukan “kekayaan” kuasa. Bagi mereka, selagi mereka menyokong Pak Lah semakin berkuasalah mereka. Proses peralihan kuasa yang konon pada mulanya bakal berlangsung pada hujung tahun ini, tiba-tiba sahaja dipersetujui akan dilaksanakan pada tahun 2010 atas persetujuan ahli MT. Hal ini seolah-olah pemimpin atasan Umno sahaja berhak menentukan pucuk pimpinan, sedangkan kuasa ini dipegang oleh ahli Umno keseluruhan. Pemimpin tertinggi Umno seharusnya kembali kepada dasar Umno, iaitu suara ahli harus diutamakan. Jika keadaan begini berterusan, percayalah Umno kini di ambang “maut” dan “tenat” bukan kerana dihambat oelh kehebatan pihak lawan tetapi kerana kealfaan Umno itu sendiri. “Janganlah sampai suatu hari nanti anak bangsaku tidak mengenali apa itu Umno kerana telah menjadi sejarah”.

Leave a Reply