• Top Posts

  • Pages

  • Recent Posts

  • Archives

  • Top Clicks

  • Blog Stats

    • 18,918 hits
  • Recent Comments

    ya betull on Hishamuddin Rais menulis melal…
    Wahabe on Pena Mufti : Kekeliruan identi…
    Wahabe on Pena Mufti : Kekeliruan identi…
    yunos on Pena Mufti : Kekeliruan identi…
    Surat Pendek –… on Gaji Menteri & Tim. M…
  • RSS Malaysiakini

    • SPR minta nasihat peguam negara
      Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu meminta nasihat peguam negara memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
    • S'gor rugi RM136.4 juta di Bukit Botak
      Selangor dijangka menanggung kerugian lagi RM136.4 juta jika projek penempatan semula setinggan di Selayang - yang bermasalah sejak 1986 - diteruskan, kata menteri besar.
      Salhan K Ahmad
    • PKPIM: Jais patut benar penceramah Wahabi
      Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata jika selepas diberi tauliah, ada aduan terhadap mereka, maka ia boleh ditarik balik.
      Jimadie Shah Othman
    • Kota Siputeh diisytihar kosong
      dikemaskini Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
    • Anwar cabar k'jaan isu RM3 bilion
      Ketua pembangkang hari ini mencabar kerajaan supaya menyiasat semua akaun miliknya bagi membuktikan beliau mempunyai sumber kewangan meragukan sehingga mencecah beberapa bilion ringgit.
    • Ah Long ugut mangsa di facebook
      Ah Long kini menggunakan laman web sosial percuma yang popular iaitu facebook untuk mengugut dan memalukan peminjam yang gagal menjelas hutang.
    • Laporan wakil rakyat seleweng 24 Nov
      Laporan mengenai dakwaan berlaku penyelewengan wang peruntukan anggota parlimen dan ADUN akan dibentangkan oleh SPRM kepada sebuah panel khas pada 24 Nov ini.
    • Isu MB S'gor seleweng muncul lagi
      Hampir setahun isu menteri besar Selangor didakwa menyeleweng tenggelam, tiba-tiba ia muncul lagi melalui penafian NGO yang menyeret Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada SPRM.
    • K'jaan pandang serius ciplak di IPT
      Kementerian Pengajian Tinggi sangat memandang serius sebarang kes ciplak yang berlaku di institusi pengajian tinggi (IPT) dan tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah penciplakan.
    • 'Anwar tidak tahu pasal ekonomi'
      Mantan perdana menteri itu berkata, ketika berlaku krisis kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima pakai pendekatan IMF yang memburukkan lagi keadaan di negara ini.
  • RSS Alam Maya -Kehidupan tanpa sempadan

    • Memperkasakan Perpustakaan Desa melalui Web 2.0 November 11, 2009
      Salam buat semua.. Setiap hari ramai yang bertanya bila saya nak memulakan pengajian  PhD. Saya jadi rimas dengan soalan-soalan begini kerana ianya menambahkan ketakutan dalam diri saya. Ikhlas saya beritahu bahawa saya belum bersedia. Saya masih tercari-cari tajuk yang sesuai. Saya ditawarkan bidang Perpustakaan Desa sebagai topik kajian PhD saya. Saya send […]
      bakri88
    • Sentuhan Syima Fuyoo November 6, 2009
      Salam buat semua… Jika ada rezeki dan diizinkan oleh Allah swt saya hanya ada 1 bulan lagi di UiTM Johor sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Ini adalah destinasi saya yang terakhir dalam meniti tangga menimba ilmu.  Namun ramai rakan-rakan yang tertanya-tanya..”Bakri, jadi ke you nak further study? Buat kerja macam tak jadi nak sambun […]
      bakri88
    • Penjenamaan Semula IMS (Rebranding IMS) November 4, 2009
      Rebranding – To associate a new brand, trademark, image, or appearance with a product or service – wiktionary Salam buat semua.. Sudah lama saya ingin melakukan sesuatu perubahan untuk IMS ( Information Management Society) setelah saya melepaskan jawatan sebagai Penasihat Persatuan IMS. Ketika saya mengambil alih persatuan IMS, saya mempunyai ban […]
      bakri88
    • Wajah & Aplikasi Baru IMS Yahoo Groups October 30, 2009
      Sejak memenangi pingat emas dalam IID Johor 2009 fikiran saya tidak duduk diam. Tugas menjadi lebih berat kerana kriteria untuk bertanding di IID Shah Alam perlu melalaui proses yang rumit. Produk perlu di patent dan perlu ada penyelidikan ke atasnya. Sudah dua malam saya tidur lewat untuk membuat sedikit pencarian bahan di Internet untuk prodak [...]
      bakri88
    • IID & PhD October 29, 2009
      Tugas dan amanah mengajar semester ini telah selesai. Alahai malasnya nak memeriksa kertas peperiksaaan ahir pelajar apatah lagi menyemak semua final report ETR 300 pelajar. Saya mahu menumpukan 2 perkara buat masa ini iaitu Projek IID dan pengajian PhD. Soal KIK saya serahkan pada rakan yang lain. Mereka lebih arif apa yang perlu dilakukan. Kebetulan [...]
      bakri88
  • RSS KLpost dot com

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Perisik rakyat

    • Ceramah Umum, Dr Mujahid Yusuf, Ustaz Kamarudin Sidek MALAM INI November 16, 2009
      Jemput Hadir keCeramah Umum, Dr Mujahid Yusuf, Ustaz Kamarudin SidekDr Mujahid Yusuf.-Ahli Parlimen Parit Buntar-Pengerusi Lanjah Perpaduan Kaum PAS.Ustaz Kamarudin Sidek-Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka17hb November 20099.20 ptg - 11.55 ptgBaitul Hikmah Kampung Sempang, Merlimau Melaka
      noreply@blogger.com (Hasbullah Pit)
    • DUN Kota Siputeh:ADUN dah Bangun..Kosonglah Kerusi tu.. November 16, 2009
      Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekal […]
      noreply@blogger.com (pengliporlari)
    • Musim Mambantai Pakatan Rakyat..! (bhg II) November 16, 2009
      Balik pada sikap Pimpinan dan ahli 3 parti dalam Pakatan Rakyat. buat masa ni, aku rasa yang paling profesional ialah ahli-ahli dan jugak Pimpinan-Pimpinan dari parti DAP. mungkin ramai yang akan bantai aku balik lepas ni sebab aku puji DAP, parti yang dikatakan sebagai "parti untuk orang cina".Yang tu kenyataan paling "Assobiyah" bagi ak […]
      noreply@blogger.com (Topeng Perak® Unmasked)
    • Putera MIC Is Now Available In Unitar & Other Universities! Is Education Ministry Allows Politics In Local Campuses? November 16, 2009
      'It’s dangerous to be right, when the government is wrong! But still some of our local University students hope action from the government to 'kick out' politics from their University. The ugly truth revealed by a student from Unitar when his campus ‘polluted’ by MIC’s political programmes. Persatuan Mahasiswa India Universiti Tun Abdul Razak […]
      vasantaraoappalasamy@yahoo.com (BANGSA MALAYSIA)
    • Penerimaan "Sponsor" Haji Oleh Tok Guru Menggangu Persepsi Terhadap PAS? November 16, 2009
      Dalam satu "mailing-list" yang saya anggotai, isu Tok Guru menerima tawaran haji telah hangat diperbincangkan. Hujah mereka ini adalah penerimaan itu akan menyebabkan persepsi rakyat kepada tok guru dan PAS terjejas. Ikutilah butir2 perbincangan tersebut seperti dibawah -Soalan : Tapi, pembiayaan TGNA ke Mekah agak sukar dipertahankan sbb yang spon […]
      noreply@blogger.com (Tulang Besi)
    • Musim Membantai Pakatan Rakyat..! November 15, 2009
      Seawal sebelum Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, kebanyakan blog-blog pro Pakatan Rakyat secara drastik telah berubah dari membantai UMNO/Beer eNd, kepada membantai pimpinan Pakatan Rakyat sendiri.Dan dari 3 parti dibawah naungan Pakatan Rakyat, yang paling hebat diserang dari segenap sudut ialah Pimpinan PAS pro UG/KP (Unity Government/KERAjaan Pungkoq).Apa y […]
      noreply@blogger.com (Topeng Perak® Unmasked)
    • Rukun Islam Keenam..? November 15, 2009
      Ada sorang geng tinggal komen dalam artikel aku dekat sini...Gua pun pergi masuk siasat dekat sini...Link dia yang ni ha -http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/14/mstar_berita/20091114174038&sec=mstar_beritaNama penulis artikel ni - Rozaid A.RahmanSikit petikan dari artikel -Tapi bagaimana pula dengan soal menerima RM65,000 sebagai ‘hadiah’ […]
      noreply@blogger.com (Topeng Perak® Unmasked)
    • Perkara Yang Saya Dedah Bukan Rahsia Lagi, Ianya Sudah Berada Dalam Tangan UMNO November 14, 2009
      Perkara yang saya dedah ini bukan perkara rahsia kerana mengikut beberapa sumber dari berbagai blog, salinan rakaman ini sudah pun berada dalam tangan UMNO.Jangan lupa bahawa isu ini mula pecah hasil dari perjumpaan Blogger UMNO dengan Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali di kediaman beliau tempohari.Hasil dari itu, Mahaguru58 yang mula2 membuat pendedahan cerit […]
      noreply@blogger.com (Tulang Besi)
    • Senarai Kontraktor UMNO Yang Dapat Habuan Melalui Hasan Ali..? November 14, 2009
      Antara kontraktor UMNO yang dapat habuan kerana banyak membantu DHA nak bawa PAS bergabung dengan UMNO adalah :1 - Bersih Bekal.2 - EDX Jaya yang dipunyai Hamidi. Dia ni budak Halim. Halim pula adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Subang, yang sekarang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Subang. Dia ni banyak membantu DHA dalam isu kepala lembu di Shah Alam dulu.3 -H […]
      noreply@blogger.com (Topeng Perak® Unmasked)
    • Rakaman Dialog Bloggers dengan Ustaz Nasa/DatoHasan (Baiaah Taalik) November 14, 2009
      Tulang Besi telah mendapat salinan rakaman Dialog antara Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa dengan blogger (UMNO dan PAS). Saya akan mula mengeluarkan rakaman2 ini dalam fasa2 mengikut isu dan kepentingan. Adalah amanah yang diberikan kepada saya mengeluarkan maklumat ini kepada ahli dan penyokong-penyokong PAS.Saya bercadang untuk melepaskan rakaman2 ini seca […]
      noreply@blogger.com (Tulang Besi)

Pandangan Khir Toyo terhadap impian Anwar

 Khir Toyo: Anwar akan hanya masuk semula ke Parlimen sebagai PM Cetak E-mail
Oleh Mohamad Khir Toyo   
Sabtu, 19 April 2008
SUNGGUHPUN berada di luar negara, isu-isu dalam negara turut saya ikuti. Berdasarkan laporan-laporan media hari ini ternyata YAB Pak Lah berhasrat untuk kekal buat beberapa tahun lagi. Persoalannya apa akan berlaku kepada senario politik negara dan UMNO? Apakah hala tuju kepimpinan negara berdasarkan kenyataan Pak Lah beberapa hari lalu?
Dalam catatan sebelum ini, saya menyatakan bahawa Pak Lah harus melaksanakan exit plan seperti yang disarankan oleh banyak pihak termasuk UMNO Johor.

Saya juga menyarankan beberapa pembaharuan segera dalam kerajaan dan UMNO jika BN mahu kembali mendapat kepercayaan rakyat. Beberapa pandangan yang diberi oleh pembaca mengenai arah pembaharuan dalam catatan sebelum ini turut boleh dijadikan panduan.

Nampaknya cadangan peralihan kepimpinan dan pembaharuan secara baik tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini. Saya percaya ini akan memberi kesan kepada usaha untuk meraih kembali kepercayaan dari kalangan akar umbi UMNO dan rakyat.

Melihat kepada kegigihan Tun Dr. Mahathir mewujudkan momentum yang agak tinggi dalam siri ucapan beliau, jalan untuk kepimpinan hari ini meraih kembali kepercayaan ahli UMNO agak sukar dan penuh liku. Penerimaan pemimpin bahagian, cawangan dan ahli UMNO serta rakyat terhadap usaha Tun semakin tinggi.

 
“Saya yakin Anwar tidak akan masuk sidang Parlimen sebagai Ketua Pembangkang. Jika ini berlaku akan banyak cerita lama beliau akan ditimbulkan semula dan pasti akan melukakan hati anak dan isteri beliau. Melihat karektor Anwar sejak dahulu beliau tidak akan membiarkan perkara ini berulang dalam hidupnya. Anwar akan hanya masuk semula ke Parlimen sebagai Perdana Menteri. Itu adalah prasyarat utamanya. Walau apa pun kos dan keadaan itu soal kedua.yang penting ingin jadi Perdana Menteri negara ini” 
 

Sukar sama sekali untuk BN kembali pulih jika terus mengabaikan pandangan Tun secara total. Kedudukan Tun sebagai pemimpin ulung negara belum pudar bukan sahaja kepada ahli UMNO malah kepada seluruh rakyat tanpa mengira batasan kaum, agama mahu pun peringkat umur.

Malah, menurut seorang rakan, rakyat memberi reaksi spontan kepada Tun dengan memberi tepukan gemuruh sambil berdiri (standing ovation) dalam dua majlis terakhir yang beliau hadiri iaitu – Konsert anjuran Pengasih dan Konsert Celine Dion. Ini wajar membuka mata kepimpinan hari ini mengenai pengaruh dan populariti Tun.

Senario Semasa Politik Negara

Beberapa perkara mungkin akan berlaku dan bakal mengubah lanskap politik tanah air. Perubahan ini boleh menjadi satu yang menguntungkan parti dan negara atau sebaliknya. Walau apa pun kita perlu hadapi secara bersama. Saya menjangkakan beberapa senario seperti berikut mungkin berlaku:

Senario Pertama

Berlaku perubahan atau rombakan kabinet. Pak Lah terpaksa merombak kabinet sedia ada untuk memenuhi tuntutan dari Sabah dan Sarawak.

Pertemuan Pak Lah dengan pucuk pimpinan Sabah memperlihatkan kekecewaan rakyat Sabah. Para pemimpin di Sabah melihat rakyat di negeri itu dilayan sebagai kelas kedua dan sebagainya.

Malah ada yang mengatakan “bukan pemimpin Sabah yang perlu dibimbangi akan lompat, tetapi takut nanti rakyat Sabah yang akan lompat dalam pilihan raya umum akan datang.”

Saya melihat kenyataan ini ada kebenarannya. Malah saya boleh merasakan perasaan yang sama itu kerana saya pernah bekerja di Sabah.

Saya tidak ikut serta dalam perjumpaan di Sarawak. Tapi saya rasa mungkin perkara yang sama berlaku. Untuk itu saya berpendapat, sama ada suka atau tidak Pak Lah perlu merombak kabinet.

Namun sama ada rombakan Kabinet akan berlaku atau tidak, ia merupakan hak budi bicara (prerogratif) YAB PM.

Senario Kedua

Namun senario kedua yang mungkin berlaku adalah undi tidak percaya terhadap PM di Parlimen oleh pembangkang. Lebih-lebih lagi pemilihan Speaker juga tampaknya kurang teliti (sama seperti ketika membentuk kabinet). Jika ini berlaku, Datuk Seri Najib akan mengambil alih kepimpinan setelah mendapat persetujuan UMNO dan Barisan Nasional serta Perkenan Yang Di Pertuan Agong.

Namun saya tidak menjangkakan ini akan dilakukan oleh DS Anwar Ibrahim dan sekutunya dalam jangka masa terdekat ini. Jika ia dibuat pasti jalan Anwar untuk kembali ke puncak akan lebih sukar. Ini kerana saya pasti DS Najib akan melakukan perubahan yang agresif dalam kerajaan dan parti untuk mengekang Anwar dan sekutunya.

Pada hemat saya, Anwar lebih senang melihat Pak lah terus kekal. Ini akan mewujudkan kedudukan UMNO yang lemah dan sokongan parti komponen juga agak kurang. Akhirnya BN akan kalah teruk dalam pilihan raya akan datang. Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru.

Justeru, jalan terbaik Anwar Ibrahim adalah untuk terus melemahkan UMNO dan BN. Bagi tujuan itu, Anwar akan cuba membina keyakinan rakyat terhadap beliau melalui proses demokrasi dan sekaligus meruntuhkan moral dan kepercayaan rakyat dan ahli UMNO terhadap Pak Lah dan Najib.

Saya yakin menjelang sidang kedua Parlimen nanti, satu pilihan raya kecil akan diadakan bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen. Kawasan yang hampir pasti ialah Bandar Tun Razak yang berada di depan batang hidung kepimpinan hari ini.

Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi ini sebagai balasan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Jawatan tersebut sepatutnya disandang oleh pemimpin nombor dua PKR, Azmin Ali. Namun ia merupakan tolak ansur Azmin yang dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat PR) berkuasa kelak.

Anwar akan bertanding sebagai calon Perdana Menteri (in waiting). Sementara itu seperti tradisi, Timbalan Presiden UMNO, DS Najib akan mengetuai jentera pilihan raya kecil BN.

Dengan Pak Lah masih menjadi pemimpin nombor satu, mood di kalangan ahli UMNO dan BN akan berada di tahap amat rendah dan amat sukar untuk BN menang. Keputusan hampir pasti akan menyebelahi PKR.

Apabila ini berlaku, kemenangan Anwar bukan sahaja menghancurkan keyakinan rakyat, terutama ahli UMNO, kepada Pak Lah tetapi juga kepada DS Najib. UMNO hampir pasti hancur jika ini berlaku.

Ini yang amat saya bimbangi dan saya yakin akan berlaku, lebih-lebih lagi memikirkan kemungkinan pilihan raya kecil ini diadakan hampir dengan Persidangan Agung UMNO tahun ini. Saya tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku kepada UMNO.

Anwar Ibrahim akan mendapat sokongan moral dalam dan luar negara. Beliau akan menyusun langkah seterusnya dengan mengadakan undi tidak percaya kepada PM dalam sidang kedua Parlimen akan datang.

Ketika itu, sama ada beliau telah “beli” wakil BN atau tidak bukan lagi persoalan. Krisis keyakinan terhadap kepimpinan Pak Lah ketika itu amat dahsyat dan boleh dikatakan tiada keyakinan langsung. Jadi undi tidak percaya kepada Pak Lah bukan proses beli undi tetapi kerana krisis keyakinan kepada kedua-dua kepimpinan negara iaitu Pak Lah dan DS Najib (yang kalah dalam pilihan raya kecil Bandar Tun Razak).

Anwar Ibrahim akan membentuk kerajaan campuran baru. Sama ada parti komponen yang lompat atau wakil yang lompat itu perlu dikaji dengan lebih teliti.

Saya yakin Anwar tidak akan masuk sidang Parlimen sebagai Ketua Pembangkang. Jika ini berlaku akan banyak cerita lama beliau akan ditimbulkan semula dan pasti akan melukakan hati anak dan isteri beliau.

Melihat karektor Anwar sejak dahulu beliau tidak akan membiarkan perkara ini berulang dalam hidupnya. Anwar akan hanya masuk semula ke Parlimen sebagai Perdana Menteri. Itu adalah prasyarat utamanya. Walau apa pun kos dan keadaan itu soal kedua.yang penting ingin jadi Perdana Menteri negara ini.

Kesimpulan

Atas kebimbangan inilah, saya merayu Pak Lah memikirkan semula exit plan yang terbaik dan ia tidak boleh dilengahkan.

Jika proses peralihan kuasa ini dilakukan segera, ia akan memberi ruang dan masa untuk DS Najib melakukan sesuatu yang drastik, menyusun semula kabinet dan melakukan pembaharuan dalam parti.

(Bagi saya, jika Pak Lah yang melakukan rombakan kabinet seperti dalam senario 1 pun, ia tetap akan ada krisis keyakinan dan kepimpinan. Ini kerana Pak Lah sekali lagi dilihat membuat keputusan yang berubah-ubah. Justeru pemimpin baru perlu bagi melakukan pembaharuan dalam senarai kabinet mahu pun sistem pentadbiran.)

Jika ini dapat dilakukan dalam waktu terdekat, rancangan Anwar untuk bertanding dalam pilihan raya kecil pasti tergendala. Ini kerana mood ahli dan rakyat akan berubah untuk memberi peluang kepada pemimpin baru.

UMNO dan parti komponen BN juga akan lebih kukuh menghadapi pilihan raya kecil jika diadakan.

Malah jika Anwar menang dalam pilihan raya kecil pun sama ada di bandar Tun Razak atau Permatang Pauh, ia tidak mungkin dapat menjadi Perdana Menteri kerana keyakinan dalam UMNO dan BN telah dipulihkan.

Segala hasrat untuk mengadakan undi tidak percaya di Parlimen akan berkubur begitu sahaja.

Jika Pak Lah kekal dan dicabar dalam Pemilihan UMNO, akan berlaku suasana yang berbeza sama sekali. Ini mungkin saya akan ulas dalam tulisan akan datang.

Penulis merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor; pernah menjadi Menteri Besar Selangor selama dua penggal dan Pengerusi Barisan Nasional & Badan Perhubungan UMNO Selangor. Mempunyai Ijazah Pembedahan Pergigian dari Universiti Malaya dan pernah menjadi Presiden, Majlis Belia Malaysia. Blog beliau boleh dilayari di drkhir.blogspot.com - Pengarang

 ”Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. ” -Imam Umar bin Abdul Aziz

Suara Pekerja : Cuepacs berjaya buat tuntutan

 

 

PUTRAJAYA 17 April – Kerajaan bersetuju memenuhi lima daripada enam permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang dikemukakan bagi meningkatkan kebajikan 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, lima tuntutan yang diterima itu adalah berkaitan kadar pencen, lanjutan umur persaraan, pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), pemberian semula elaun kritikal dan penambahan elaun perumahan.

Bagaimanapun, kata beliau, tuntutan CUEPACS supaya kakitangan awam diberikan honorarium RM2,000 tidak dapat diterima kerajaan.

‘‘Kami gembira dan puas hati dengan pertemuan hari ini. Tolak honorarium sahaja, yang lain kami dapat. Butiran lanjut mengenai lima tuntutan yang dipenuhi itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri sedikit masa lagi,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Terdahulu, beliau yang mengetuai sembilan pegawai kanan CUEPACS mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan enam tuntutan kongres itu di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Pertemuan selama 45 minit itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

 

CUEPACS sebelum ini mengancam akan memboikot sambutan Hari Pekerja 1 Mei ini jika kerajaan enggan memenuhi enam tuntutan yang telah dikemukakan oleh kongres itu sejak tiga tahun lalu.

Enam tuntutan tersebut ialah pemberian honorarium RM2,000 kepada kakitangan awam, pemberian kadar pencen mengikut perkhidmatan, lanjutan umur persaraan daripada 56 tahun kepada 60 tahun, pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), pemberian semula elaun kritikal dan penambahan elaun perumahan kepada RM230 berbanding RM180 hari ini.

Bertaubat jalan yang disukai Allah..

Jika pemerintah bertaubat dengan taubat nasuha

Kita semua wajar bersikap adil. Pilihan raya telah pun berlalu. Kita mengundi untuk kebaikan negara. Kita inginkan perubahan ke arah yang lebih positif, adil dan telus. Mesej rakyat kepada parti-parti politik dalam perkara tersebut sudah pun difahami oleh mereka. Hari ini usaha-usaha ke arah hasrat tersebut kelihatannya sedang giat dilaksanakan. Kerajaan Pusat juga telah merangka berbagai-bagai cadangan dan gagasan agar ketelusan dan keadilan dapat dilaksanakan. Demikian juga sesetengah kerajaan negeri yang baru dan yang lama. Sokonglah usaha-usaha yang baik serta berikanlah kritikan yang membina. Politik bukan untuk membalas dendam atau ruang mencurahkan emosi yang tidak sudah-sudah. Sebaliknya, berpolitiklah untuk keadilan dan kebahagiaan kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Malanglah kita orang Islam apabila berbalah, melampaui batas. Sedangkan Nabi s.a.w bersabda: “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dukacitalah kita ini, jika dalam percaturan politik umat Islam, ‘orang lain’ yang mendapat banyak manfaat dan berjaya memperoleh berbagai-bagai tuntutan, sedangkan kita hanya menang ‘tuduh menuduh, bertengkar, bermasam muka, gelar-menggelar dan segala macam racun yang lain. Ketika orang lain yang semalamnya bagaikan musuh yang sengit, hari ini sedang berpelukan meraikan kejayaan memperoleh segala macam tuntutan, kita masih lagi bagaikan ‘sedang mengasah parang’ untuk meneruskan kematian.

Tuhan sentiasa membuka pintu taubat untuk insan yang bersalah berubah kepada yang lebih baik. Bila-bila masa sahaja taubat itu terbuka apabila timbulnya keinsafan dan kesedaran. Mungkin kesedaran dan keinsafan itu timbul hasil daripada nasihat, atau kejadian dan peristiwa tertentu. Kadang- kala insan yang begitu jahat, berubah menjadi insaf disebabkan ketakutan atau penderitaan tertentu, atau peristiwa trajis yang meleburkan keegoannya. Tidaklah penting apa pun sebab keinsafan itu lahir. Apa yang penting bagaimanakah keinsafan itu dihayati. Maka insan yang insaf disuruh bertaubat dengan taubat yang sebenar atau disebut sebagai taubat nasuha. Allah menyebut dalam Surah at-Tahrim ayat 8: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ‘taubat nasuha, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.

Terlaksananya taubat yang sebenar itu dengan seseorang insan menyesali kesalahannya, memohon keampunan daripada Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Jika kesalahan itu membabitkan insan yang lain, maka dia hendaklah membetulkannya dengan mengembalikan hak yang diambil, atau menafikan tuduhan yang dilemparkan. Jika itu berlaku, maka mereka akan insan tersebut janji Allah dalam firman-Nya: (maksudnya) “Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal soleh, maka mereka itu Allah akan gantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Furqan: 70).

Kesalahan

Saya ingin katakan bahawa peristiwa pilihan raya yang lepas, perkara pertama yang mesti dilakukan oleh pihak pemerintah bagi mengeluarkan diri dari semua krisis dan kegawatan politik yang saban hari mengganggu kita adalah dengan cara bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha. Segala kesalahan, ketidakadilan, ketidaktelusan, kecuaian atas tanggungjawab yang Allah amanahkan selama ini hendaklah benar-benar insaf dan memohon ampun daripada Allah. Kedua; hendaklah berazam untuk tidak mengulanginya lagi pada masa hadapan. Ketiga: jika ada hak rakyat yang dizalimi, kembalikan hak mereka. Jika ini dilakukan, percayalah kepada rahmat Allah yang akan melimpahi negara dan kepimpinan akan terus dapat keberkatan dalam pemerintahan yang akan diteruskan. Dengarlah kata-kata Nabi Hud a.s kepada kaumnya seperti dalam Surah Hud ayat 52: (maksudnya) “Dan wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepada- Nya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa.” Inilah penawar bala yang telah dibuka rahsianya oleh Nabi Hud a.s., dan inilah juga yang pernah disebut oleh Nabi Nuh a.s. sebelum itu kepada kaumnya. Kata Nabi Nuh seperti dalam Surah Nuh ayat 10-12: (maksudnya) “Sehingga Aku berkata (kepada mereka): ‘Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah- curah, kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai- sungai (yang mengalir di dalamnya).” Ayat- ayat ini menjelaskan bahawa memohon ampun daripada Allah membolehkan rahmat dan keberkatan diturunkan. Allah menambahkan dengan taubat rezeki yang mencurah-curah, kekuatan, harta dan anak-pinak. Maka bertaubatlah wahai para pemerintah, agar kedamaian, ketenteraman dan kemakmuran akan dikecapi di bawah pemerintahan anda.

Pascapolitik kini adalah ujian untuk kepimpinan negara. Bukan masa untuk menunjukkan ego, atau mencari-cari di mana silap orang lain, tapi melupai dosa-dosa politik yang pernah dilakukan. Masa ini sepatutnya kepimpinan negara di setiap peringkat menunjukkan tadarru’ iatu benar-benar merendah diri kepada Allah dan memohon keampunan daripadanya. Kita ingin mendengar kepimpinan memohon kemaafan kepada rakyat di atas segala kesilapan yang pernah berlaku. Inilah yang akan mendatangkan keberkatan dan menimbulkan rasa hormat rakyat. Ingatlah amaran Allah apabila sesuatu bala atau ujian ditimpakan kepada sesuatu kaum dalam firman-Nya: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya Kami telah utuskan rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kesusahan dan penyakit, supaya mereka merendah diri (insaf dan bertaubat). Maka Alangkah eloknya kalau mereka merendah diri (insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan. Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala perkara (kemewahan dan kesenangan), sehingga apabila mereka bergembira dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan)”. Ya Allah! Peliharalah kami dari balaMu! Lihatlah keamanan kita juga dirasakan makin terhakis saban hari. Kejadian-kejadian yang meragut ketenteraman mula bertali arus. Setiap kita mula bimbang dan risau atas keselamatan diri dan keluarga sekalipun berada dalam rumah sendiri. Polis pun tidak dapat menyelesaikan ketakutan seperti itu. Wahai pemerintah! Hanya Allah yang dapat mengeluarkan kita dari semua itu. Kembalilah kepada-Nya!

Perubahan yang berteraskan taubat kepada Allah perlu dilakukan. Kepimpinan utama mestilah tegas dan ikhlas. Insan-insan yang telah terlibat dengan penyelewengan harta rakyat hendaklah dipupuskan. Mereka perlu disiasat secara telus. Bagaimana mungkin kepentingan negara yang diamanahkan untuk dijalankan, lalu dijadikan sumber kekayaan diri yang luar biasa. Janganlah dihitung sebesar mana pun kedudukannya, atau serapat mana pun persahabatan dengannya. Hak rakyat mestilah dipelihara. Tergamakkah seorang insan yang mengaku beriman memenuhi diri dengan kemewahan harta rakyat, sedangkan berapa ramai rakyat yang masih miskin dan susah, hidup dibanjiri air mata. Bertaubatlah, kembalikan hak-hak rakyat, belalah mereka yang teraniaya. Jika orang kaya yang dizalimi, ada peguam yang dapat membawa kesnya ke mahkamah. Si miskin yang susah apabila ditindas, tiada peguam yang mampu dibayar, maka tidak ada mahkamah yang sudi mendengar. Namun esakan dan tangisan itu tetap didengari oleh Allah Yang Maha Mendengar. Rintihan itu sampai ke langit tinggi dan Allah akan membalasnya. Wahai pemimpin! Jika engkau tidak adil, engkau akan didakwa di mahkamah Allah di Padang Mahsyar kelak. Juga, jika dosa orang kena zalim itu mustajab di dunia, engkau akan dibalas di dunia dan akhirat. Wahai pemimpin! Bertaubatlah.

Contoh

Para pemimpin adalah contoh untuk sekelian rakyat di bawah mereka. Mereka diperhatikan. Kemewahan mereka – jika tidak betul cara – menjadi tanda tanya. Sikap dan perwatakan mereka dipersoalkan. Demikian jugalah anak isteri mereka. Gaya yang berlebih-lebihan membuat rakyat merasa jelak. Sebabnya, ramai seketika dulu merasakan mereka manusia kebal yang tidak mungkin ditumbangkan. Mereka lupa bahawa rakyat sedang merasa mual. Jika pemimpin itu bercakap Islam, buktikanlah menerusi percakapan, pendekatan, sikap dan juga pakaian anak isteri. Jangan berlebih-lebihan, tetapi bersederhanalah dan ikut peraturan. Rakyat tidak bertanya, berapa harga make-up datin? Tetapi rakyat akan selalu mengingati kehalusan akhlak dan budi. Allah pula suka kepada yang merendah diri dan menyayangi sesama Muslim. Manusia ini bagaimanapun wataknya, hati nuraninya akan terasa hormat kepada orang yang mengingati Allah dalam erti kata yang sebenar. Diterjemahkan ingatan itu dalam bentuk tawaduk dan ketertiban sikap. Wahai pemimpin! Lakukanlah perubahan kerana Allah dalam hal ini. Nanti rakyat akan menyayangi anda.

Hala tuju negara hendaklah digaris dengan jelas. Saya kadangkala melihat seakan generasi muda Melayu Islam di negara ini dicandukan agar tidak lagi mampu berfikir dengan seimbang. Hiburan-hiburan yang melebihi dari tahap keperluan dan tidak memiliki matlamat yang jelas seakan sengaja dilambakkan untuk hidangan mereka. Inilah yang kelihatan dalam media kita sedangkan ketika yang sama gendang ‘Islam Hadhari’ dipalukan. Sebagai tanda restu atau sebaliknya, saya tidak pasti. Lalu anak muda kita dalam khayal dan mabuk dengan dadah, keruntuhan akhlak dan berbagai-bagai. Maka tidak hairanlah jika mereka tidak mempunyai pandangan yang jelas dan terurus tentang masa depan negara. Lalu kita bising hilangnya nilai-nilai patriotik dalam jiwa generasi baru, padahal kita sendiri yang seakan memandulkan minda dan fitrah mereka. Barangkali kita suka, kerana dengan demikian, mereka tidak banyak mempersoalkan kita. Mendidik rakyat adalah tanggungjawab pemimpin yang Allah amanahkan. Bertaubatlah kepada Allah, betulkan perjalanan masa depan negara ini.

Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan daripada menyebut jenama yang mengundang ‘seribu kekeliruan itu’. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya-Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan. Bertaubat! Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah.

Wahai pemimpin! Pena saya tidak menzalimi anda. Sudah setahun, saban minggu ayat-ayatnya berbaris di sini. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi mengajak melihat bersama laluan di hadapan. Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya taubat adalah penghalang bala bencana. Firman Allah: “Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun).” (Surah al-Anfal: 33).

Maka, jadikanlah kerajaan yang sedang merubah dirinya itu sebagai kerajaan yang bertaubat daripada segala bentuk ketidakadilan dan ketidaktelusan. Seperti mana insan yang bertaubat, kelihatan bersih bercahaya dan merendah diri kepada Allah, demikian hendaknya kerajaan yang bertaubat. Terjemahkanlah taubat itu dalam kepimpinan, pengurusan, media dan hati budi pemimpin. Pohonlah kemaafan kepada rakyat, dan kembalikan hak mereka jika ada yang ‘tidak kena’. Demikianlah juga hendaknya sekalian rakyat memohon keampunan dan kembali kepada jalan yang lurus. Inilah jalan keluar yang hakiki daripada kemelut yang ada. Jika itu berlaku maka, Allah berfirman: (maksudnya) “Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka segala keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”. (Surah al-‘A’raf: 96).

Ulasan mufti daripada isu Filem Fitna

Jika kita tidak dihina orang, jangan menghina diri sendiri

“ Kes-kes penyalahgunaan kuasa politik dan rasuah yang dikaitkan dengan pemimpin yang beragama Islam lebih banyak dari yang beragama lain ringkas ahli Parlimen Belanda Geert Wilders itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam”.

 

FILEM Fitna, sebuah filemDalam negara kita sendiri, lihatlah umat Islam dari sudut politik, pendidikan, ekonomi, sosial dan pelbagai lagi.Ternyata benar pembikin filem berkenaan menyimpan kebencian yang amat tinggi terhadap Islam dan umatnya. Di Malaysia agak menarik, mereka yang sebelum ini tidak pernah sensitif dalam isu-isu yang seperti itu, tiba-tiba muncul mengangkat sepanduk bantahan. Mungkin semangat baru muncul untuk membela Islam. Atau, sebagai salah satu ubat yang cuba ditelan bagi memulihkan diri akibat hentakan demam pilihan raya yang ramai belum dapat ‘kebah’. Apa pun sebabnya, saya amat bersetuju dengan bantahan tersebut dan juga kempen memboikot barangan Belanda.

Namun, seperti biasa saya ingin mengajak kita melihat isu ini dari sudut-sudut yang lain. Kita perlu jelas, bahawa apa yang kita bantah bukanlah hak untuk individu atau syarikat menerbitkan sesebuah filem. Kita percaya kepada hak dan kebebasan individu, atau syarikat atau negara dalam batasan yang wajar. Sebenarnya, yang kita marah adalah pembohongan, pengkhianatan dan penyelewengan fakta. Itu yang dibantah. Sama seperti seseorang yang menggunakan haknya untuk mendengar radio, namun dia menguatkan suara sehingga mengganggu jiran tetangga. Maka anak kecil yang sedang tidur menangis, ibunya terjaga, yang sedang membaca terganggu dan sedang berehat sesak pendengaran. Lalu mereka membantahnya. Dengan gaya selamba lagi ‘bodoh’ dia menyebut; “ini hak saya untuk mendengar, lagipun ini radio saya sendiri.” Lalu mereka menyatakan kepadanya: “kami tidak membantah hak awak untuk mendengar radio awak, tetapi kami membantah kerana awak mengganggu kehidupan kami.” Ya! Kita tidak membantah mereka ingin berkarya dalam pembikinan filem atau seni, tetapi kita membantah fitnah dan pembohongan yang mampu mengganggu ketenteraman hidup dan keamanan kita. Itu namanya penyalahgunaan hak yang disebut oleh para sarjana fikah sebagai al-Ta‘assuf fi Isti‘mal al-Haq. Adalah bodoh jika media Barat ingin mempertahankan hak Geert Wilders untuk berkarya kerana kita tidak mempertikaikan haknya untuk berkarya, tetapi kita mempertikaikan penyalahgunaan hak.

Sebenarnya juga, kempen memburukkan wajah Islam dengan melabelkannya sebagai pengganas dan kejam bukan bermula dari filem Fitna. Media-media Barat seperti CNN telah lama melancarkan serangan pemikiran ke atas masyarakat dunia amnya dan masyarakat Barat khususnya demi merosakkan gambaran Islam. Filem ini hanyalah kesinambungan dari usaha-usaha tersebut dengan cara menyunting kejadian-kejadian ganas yang dikaitkan dengan orang Islam serta memetik ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan jihad. Petikan ayat-ayat tersebut tanpa memahami latar teks dan isu sebenar yang dijelaskan oleh al-Quran membuatkan mereka yang jahil hakikat Islam berasa adanya hubungkait antara keganasan dan al-Quran. Saya telah menjawab isu jihad ini dalam salah satu rencana saya yang lepas “Wahai Dunia! Islam Bukan Agama Pengganas”.

Namun apa yang menjadi masalah yang terbesar adalah tindakan sesetengah umat Islam yang tidak mengikut disiplin Islam seakan membuka ruang untuk tohmahan-tohmahan seperti ini menjadi subur dalam pemikiran masyarakat dunia yang tidak faham. Pada hari ini, media-media utama dunia tidak kita kuasai. Media adalah senjata peperangan yang paling ampuh di kurun ini. Ia mampu membentuk pemikiran dan tindakan manusia. Sesiapa yang senjata ini tidak dimiliki olehnya maka dia bila-bila masa boleh menjadi mangsa. Apabila Yahudi antarabangsa membuat keputusan mencomotkan wajah Islam menerusi media, sementara di kalangan umat Islam pula melakukan tindakan-tindakan yang membuka ruang untuk rancangan jahat itu berjalan, maka wajah Islam benar-benar dipalit dengan keburukan. Ramai umat Islam yang bertindak seakan sedang hidup pada zaman kekhalifahan Islam yang cemerlang yang dapat membela dan melindungi umat. Mereka lupa kita kini seakan sedang hidup di zaman awal Islam di Mekah yang amat ditindas dan segala tindakan kita perlu diambil secara berhati-hati dan mengira untung rugi dengan teliti.

Kehairanan

Saya kadangkala kehairanan melihat sesetengah ahli politik tertentu di Malaysia yang selalu dimangsakan oleh media. Setiap kali membuat kenyataan, dia terkena. Pun begitu dia masih mengulangi kesalahan yang serupa. Sama ada dia ahli politik yang bodoh, atau media lebih cerdik. Jika awak tahu awak selalu dimangsakan, janganlah bergaya di depan media macam ‘bapa awak’ yang punya. Pilihlah perkataan yang tepat, atau diam. Demikianlah juga, kita faham perasaan mereka yang dibom kampung halaman dan negara, dirogol dan dibunuh anak isteri, ibu dan bapa seperti yang dilakukan oleh Amerika, Israel dan kuncu-kuncu mereka terhadap umat Islam di negara-negara yang dicerobohi. Kebencian dan dendam yang meluap-luap. Kemarahan yang tidak bertebing lagi. Namun menyembelih musuh untuk disiarkan kepada dunia tidak memberi manfaat kepada umat Islam. Di samping tidak bertepatan dengan arahan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 190: (maksudnya): Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas. Media antarabangsa akan menyelewengkan isu tersebut. Masyarakat Barat yang barangkali tidak dapat memahami latar keadaan atau suasana yang mengheret kepada tindakan sedemikian ganas akan mengaitkan kejadian-kejadian seperti itu dengan Islam. Mereka akan terlupa apa yang dilakukan oleh tentera yang menceroboh, merogol, mencedera dan membunuh kaum keluarga pihak yang bertindak ganas dan itulah yang mengheret tindak balas yang sama. Akhirnya, mereka mentohmah Islam.

Kita semua kena sedar, zaman ini bukan zaman kegemilangan Islam. Jenama Islam dianggap rendah. Barat dengan segala kemajuan kebendaan lebih berjaya mengangkat jenamanya di persada dunia. Saya selalu buat contoh dari perkara yang kecil seperti syampu pencuci rambut. Jika kita membawa dua jenama, satunya dihasilkan oleh sekumpulan pakar dari Asia dengan segala kelebihannya, sementara yang satu lagi hanya disebut “formula dari sebuah negara Barat tententu” tanpa diterangkan kelebihannya, ramai dalam dunia ini akan menganggap yang dari Barat itu lebih baik. Hanya yang teliti akan cuba menyemak dan menilai kedua bahan tersebut.

Apabila Islam dituduh sebagai pengganas, mundur, tidak berdisiplin, jumud, tidak toleran dan seumpamanya oleh Barat, ramai yang percaya. Sebab, bukan ramai manusia dalam dunia ini yang ingin menyelidik sendiri hakikat sesuatu perkara. Kebanyakannya bergantung kepada cakap orang. Dalam zaman ini, kepada media. Ditambah pula contoh teladan yang buruk yang ditunjukkan oleh umat Islam. Membaca laporan media tentang pergolakan di negara-negara umat Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Somalia dan beberapa negara yang lain mematah semangat sesiapa yang ingin mendampingi agama ini. Melihat kemiskinan di dunia Islam menjauhkan manusia daripada Islam. Di manakah hendak diceritakan keindahan Islam dan kerahmatannya, jika dibanding kemiskinan, kekotoran, sampah sarap, kelam-kabut pengurusan dan segala unsur negatif yang terserlah di bandar-bandar Kaherah, Karachi, Islamabad, Jakarta dan selainnya dibandingkan bandar-bandar utama di Barat? Di manakah hendak diceritakan kemurnian akhlak Islam dibandingkan rasuah yang bermaharajalela, penyalahgunaan kuasa, kuku besi, tidak bertanggungjawab terhadap rakyat yang berlaku dalam politik dunia Islam, dibandingkan dengan ahli-ahli politik Barat yang lebih mampu mempamerkan identiti yang lebih baik untuk rakyat mereka? Di mana hendak diceritakan kehebatan sistem ekonomi Islam jika dunia Islam seperti Mesir yang mempunyai al-Azhar pun meminta belas ihsan bantuan kewangan dari Barat dan rakyatnya ramai merempat dan melarat? Sementara kebanyakan negara umat Islam kelam-kabut pengurusan ekonomi mereka. Bahkan menagih nasihat Barat dalam memulihkan kekuatan ekonomi sendiri. Di manakah hendak diceritakan persaudaraan Islam, jika setiap kali bencana seperti tsunami yang menimpa dunia Islam, bantuan Barat terlebih dahulu sampai sebelum bantuan negara-negara umat Islam? Banyak dan banyak jika hendak diungkit. Maka jangan hairan, jika manusia keliru dan mentohmah Islam. Islam yang indah dicemarkan oleh penganutnya sendiri. Seperti seorang ayah yang teramat mulia dan baik, tetapi mempunyai anak-anak yang buruk kelakuannya, lalu ayahnya ditohmah. Di manakah kita dari firman Allah yang menyebut: (maksudnya): Dan demikianlah (seperti mana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat wasata (pilihan lagi adil), supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang benar dan salah) dan Rasul itu (Muhammad) pula akan menjadi saksi ke atas kamu. (Surah al-Baqarah: 143).

Cahaya Islam

Dalam negara kita sendiri, lihatlah umat Islam dari sudut politik, pendidikan, ekonomi, sosial dan pelbagai lagi. Kes-kes penyalahgunaan kuasa politik dan rasuah yang dikaitkan dengan pemimpin yang beragama Islam lebih banyak dari yang beragama lain. Politik Melayu Muslim lebih banyak memikirkan kepentingan diri, sedang ‘orang lain’ mencongaknya untuk kepentingan kaumnya. Kemajuan pendidikan anak-anak bukan muslim lebih diberi perhatian oleh ibu bapa dibandingkan anak ‘orang kita’. Dari sudut ekonomi, kita jauh ketinggalan dibandingkan ‘orang lain’. Kes-kes jenayah, dadah dan keruntuhan moral yang membabitkan mereka yang mengakui muslim, jauh ‘memenangi persaingan’ dibandingkan bangsa lain yang tidak menganut Islam. Ternyata, kita benar-benar menghalang cahaya Islam ini dari sampai ke penglihatan ‘orang lain’. Sampah sarap dan bau busuk yang kita longgok di hadapan manusia, telah benar-benar menghalang cahaya Islam yang kudus untuk sampai kepada mereka.

Saya teringat tulisan Muhammad al-Ghazali, seorang tokoh pemikir Mesir yang menyebut: “Aku seakan terbayang bagaimana orang Australia dan Amerika apabila berdiri di hadapan Allah pada hari kiamat, lalu Allah bertanya mereka: “Mengapakah kamu tidak mengenali-Ku dengan cara yang betul dan beramal dengan amalan yang soleh dan bersiap menghadapi hari pertemuan ini?” Mereka akan menjawab: “Sesungguhnya Arab yang mewarisi agama-Mu telah menghalang cahaya agamanya, atau memadamkan lampu-lampunya, mereka biarkan kami dan diri mereka dalam kegelapan.” ( Muhammad al-Ghazali, Turathuna al-Fikri, m.s 32, Amerika: Al-Ma‘had al-‘Alami li al-Fikri al-Islami).

Dalam keadaan yang seperti ini, maka janganlah hairan jika kita sering dituduh. Kita bukan sahaja telah meninggalkan Islam yang diamanahkan kepada kita, tetapi juga telah mencemarkannya, maka orang lain pun tidak hairan lagi untuk menghinanya. Selagi kita tidak membetulkan keadaan umat terlebih dahulu, selagi itulah penghinaan seperti ini berterusan. Sabda Rasulullah s.a.w.: Akan tiba masanya umat-umat lain akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (umat islam) sebagaimana orang mempelawa satu sama lain kepada dulang makanan yang besar (menjamah hidangan makanan). Seorang sahabat bertanya, “apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab, bahkan bilangan kamu di waktu itu adalah ramai tetapi kamu adalah ghutha‘ (sampah sarap dan buih) di atas air ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada musuh kamu dan dia akan campakkan dalam hati kamu penyakit al-wahn. Seorang sahabat bertanya “Ya Rasulullah apakah dia al-wahn itu?” Jawab Rasulullah, cinta dunia dan takut mati (riwayat Abu Daud. Al-Albani menilainya sebagai sahih).

Saya menyokong usaha memboikot barangan Belanda sebagai mesej kepada masyarakat dunia bahawa umat ini membantah untuk dikaitkan al-Quran dengan keganasan. Namun kita semua mempunyai tugas yang jauh lebih berat iaitu memulihkan semula maruah dan harga diri umat ini. Seperti kata-kata al-Nadwi yang pernah saya petik: “Hendaklah orang Arab ketahui bahawa mereka tidak memasuki (pentas) sejarah kecuali dengan jalan risalah Islam dan dakwah Islamiah. Allah tidak menumbuhkan kecintaan (orang lain) kepada mereka dalam jiwa dan hati, tidak tersebar bahasa mereka dengan sebegini luas, ia tidak kekal dan abadi, tidak ditulis dengannya ilmu yang banyak, tidak terbentuk dengannya perpustakaan yang begitu besar yang mana ulama bukan Arab mendapat habuannya lebih dari orang Arab sendiri, kecuali dengan sebab kelebihan al-Quran dan syariat Islam. Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan mereka yang awal dan tidak akan memasuki (pentas) sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya”. (Al-Nadwi, Kaif Dakhal al-‘Arab al-Tarikh, m.s 26, Lacknow: Al-Majma’ al-Islami al-‘Ilmi).

Kembalilah membina maruah dan identiti Islam seperti yang diajar dalam al-Quran dan al-Sunah. Kita sepatutnya menjadi contoh mulia untuk semua umat di dunia, bukan ditindas dan dipandang rendah. Justeru, jika tidak mahu dihina orang lain, kita jangan menghina diri sendiri.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

E-mel: moasriza@yahoo.com

Layari http://drmaza.com/

Blog – semakin ramai membicarakan peranannya

Tidak perlu sekat laman blog

KUALA LUMPUR 2 April – Utusan Malaysia

Kerajaan tidak harus mengenakan sekatan ke atas blog tetapi perlu bersikap terbuka terhadap laman tersebut, kata Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah.

Beliau berkata, ini kerana satu gelombang besar politik mungkin akan berlaku sekiranya sekatan dikenakan ke atas laman-laman blog yang wujud pada masa ini.

”Kemunculan blog ini merupakan satu perubahan budaya baru dalam bidang media yang berlaku di seluruh dunia yang tidak dapat dielak.

”Sekiranya ia disekat, maka akan menimbulkan ketidakpuasan dan mungkin akan membawa kesan yang dahsyat kepada para pemimpin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abu Hassan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu kajian yang menunjukkan terdapat hampir 500,000 blog yang aktif dalam negara.

Katanya, kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya baru-baru ini sebahagian besarnya disebabkan pendapat beberapa pemimpin yang berhasrat untuk menyekat laman-laman blog itu.

”Kita harus bersikap terbuka dan biarkan masyarakat yang menilaikannya. Tindakan mengenakan kawalan ke atasnya hanya akan membawa kepada keburukan yang tidak diingini.

”Sekiranya pengendali blog terbabit hanya memaparkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang berunsur fitnah, maka mereka lambat-laun akan tenggelam kerana tidak dapat meraih kepercayaan daripada orang ramai,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa penulis blog harus dididik bahawa laman itu bukan satu saluran yang boleh digunakan sewenang-wenangnya demi sesuatu tujuan.

”Mereka seharusnya mempunyai etika yang sangat tinggi dalam menulis atau mengendalikan laman blog masing-masing.

”Tiada kebaikan kepada mereka sekiranya memaparkan sesuatu dengan tujuan menjatuhkan mana-mana pihak. Mereka juga akan terima padah akhirnya akibat perbuatan mereka itu,” jelasnya.

Selamatkan Sufiah Yusof

Minda Pengarang: Berita Harian

Masih belum terlambat selamatkan Sufiah NAMA Sufiah Yusof mula dikenali rakyat Malaysia 11 tahun lalu apabila dia ditawarkan tempat di Kolej St Hilda, Universiti Oxford, England, pada usia 13 tahun. Bukan rakyat Malaysia saja mengaguminya, malah seluruh dunia apabila berita mengenainya terpampang di akhbar seluruh dunia. Sejak itu, media mula mengetuk pintu rumah keluarganya yang pada satu masa digelar sebagai ‘keluarga terpintar di Britain’. Kita berminat dan turut berbangga dengan Sufiah kerana ibunya, Halimaton Yusof, rakyat Malaysia yang berasal dari Muar, Johor. Kemasukannya ke Kolej St Hilda pada 1997 untuk belajar Matematik pada usia itu menjadikannya pelajar termuda memasuki universiti. Selama tiga tahun di Oxford, Sufiah dibiarkan dengan pengajiannya sehingga hari terakhir peperiksaannya pada 2000, Sufiah yang sepatutnya menaiki kereta api untuk pulang ke Coventary, tidak tiba di rumah. Kehilangannya penuh tanda tanya tetapi beberapa hari kemudian Sufiah menghantar emel, diterbitkan sebuah akhbar tempatan di London, yang dengan terang mengecam bapanya dan mengatakan dia tidak akan pulang kepada kehidupan yang diibaratkan sebagai hidup dalam neraka dan menderita didera secara fizikal serta mental selama 15 tahun.

Sufiah juga muncul dalam satu temuramah khas dalam televisyen untuk menceritakan bagaimana hidupnya tertekan dan akhirnya dia ditemui tiga minggu kemudian di sebuah kafe. Bapa Sufiah, Farooq Yusof, yang berasal dari Pakistan pernah dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana didapati bersalah dalam kes pemalsuan pembiayaan sewa beli, malah dia kini menjalani hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan berusia 15 tahun ketika mengajar Matematik di rumah mereka. Terbaru, kita dikejutkan dengan pendedahan sebuah akhbar tabloid di London mengenai Sufiah, kini berusia 23 tahun, yang dilaporkan terpaksa menjadi pelacur di Salford, Manchester, untuk menyara hidupnya. Akhbar itu melaporkan Sufiah mengiklankan ‘perkhidmatannya’ melalui internet dengan tawaran 130 paun (RM830) untuk setiap sesi. Kita sedih dan terkejut dengan pendedahan itu serta kesal terhadap apa yang berlaku.

Berdasarkan rentetan sejarah kehidupan keluarganya dan dakwaan Sufiah dalam e-melnya sebelum ini, amat jelas dia menghadapi tekanan hidup. Kita juga percaya terjerumusnya Sufiah dengan aktiviti tidak bermoral, dipercayai berpunca daripada kongkongan ibu bapanya sewaktu kecil. Secara logiknya, Sufiah boleh meneruskan kehidupan dengan baik melalui kepintaran akademiknya berbanding menjadi pekerja seks. Sufiah mungkin mengalami krisis identiti dan nilai yang boleh dirawat secara psikologi dan bimbingan agama.

Orang seperti Sufiah ini kurang daripada 10 peratus di dunia dan pemikiran golongan ini terlalu ke hadapan selain gemar melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Oleh itu, apa yang penting sekarang ialah kita bersama-sama berusaha mencari jalan untuk menyelamatkan masa depan dan akidah Sufiah. Kita perlu ingat, menjadi pintar dalam akademik tidak bererti bijak menentukan masa depan masing-masing. Kita juga bersetuju dengan usaha kerajaan melancarkan misi ‘Selamatkan Sufiah’ atas kesedaran untuk bertindak segera bagi menyelamatkan akidahnya.

Apa yang diharapkan misi dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) diketuai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim, seperti diumumkan semalam mampu menghasilkan sesuatu yang positif. Jika benar seperti yang dimaklumkan kepada wartawan akhbar tabloid berkenaan bahawa dia masih lagi melanjutkan pengajian Sarjana Ekonomi dan akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi, kita percaya masih belum terlambat untuk kita menyelamatkannya.

Bersama kita memberi sokongan kepada Cuepacs.

Dengan situasi harga beras dan minyak yang tidak menentu, kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah cukup resah kerana gaji mereka masih rendah berbanding dengan harga keperluan harian yang semakin melonjak. Cuepacs sebagai kesatuan yang mewakili kakitangan kerajaan dalam tuntutannya gagal dan dipandang sepi oleh KSN.

Sumber maklumat daripada Bernama dan Malaysia Kini..

          Cuepacs ugut pulau acara k’jaan – Apr 2, 08 6:36pm

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan memboikot sambutan Hari Pekerja dan perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam bulan depan jika kerajaan gagal memberi kata putus terhadap lima tuntutan kesatuan itu, selewat-lewatnya pada 29 Mei. Sambutan Hari Pekerja anjuran Kementerian Sumber Manusia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 3 Mei, manakala Hari Pekerja Sektor Awam disambut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 Mei.

Bagaimanapun presidennya Omar Osman berkata Cuepacs akan menganjurkan sambutan Hari Pekerja berasingan di Johor Bahru pada 1 Mei yang dijangka dihadiri 1,000 wakil kesatuan dari seluruh negara. Lima tuntutan Cuepacs: bayaran honorarium RM2,000 tanpa mengira pangkat, kenaikan imbuhan tetap perumahan RM180 hingga RM230, penambahbaikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), memberikan semula elaun kritikal bagi Kumpulan Sokongan Dua yang ditarik balik pada Februari lalu dan melanjutkan umur persaraan wajib dari 56 tahun kepada 60 tahun.

Cuepacs akan mempertimbangkan semula boikot jika kerajaan mahu berunding mengenai tuntutan tersebut menjelang akhir Mei, kata Omar kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Cuepacs di Sungkai, Perak hari ini. Beliau menafikan tindakan pemulauan itu sebagai satu ugutan kepada kerajaan, sebaliknya menegaskan bahawa keputusan yang berat tetapi drastik itu “terpaksa diambil” demi kebaikan semua pekerja sektor awam khasnya bagi Kumpulan Sokongan Satu dan Dua.

Agensi berita Bernama memetik Omar sebagai berkata, Cuepacs mahu kelima-lima tuntutan tersebut dilaksanakan berdasarkan keputusan yang tepat sebagaimana perbincangan yang telah diadakan antara kesatuan itu dan pihak kerajaan sejak Ogos lalu. Hantar surat rasmi Beliau, kecewa dengan kelewatan kerajaan membuat keputusan, menegaskan bahawa kerajaan telah gagal dari segi sistem penyampaiannya kerana masih tidak memutuskan tuntutan ini walaupun permohonan Cuepacs itu melebihi tempoh enam bulan.

Menurutnya, mesyuarat Majlis Cuepacs turut memutuskan untuk menghantar sepucuk surat rasmi kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi menyatakan kekesalan kesatuan itu terhadap tindakan beliau yang dilaporkan “segan” membincangkan permohonan kesatuan itu untuk mendapatkan honorarium RM2,000 dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika menjawab soalan penonton dalam program ‘Bicarawara: Bersama Ketua Setiausaha Negara” di RTM1 Februari lalu, Mohd Sidek berkata, beliau belum berbincang dengan perdana menteri mengenai pembayaran honorarium itu kerana segan untuk meminta kerajaan membuat bayaran itu selepas kenaikan gaji yang besar kepada kakitangan awam. Omar juga berkata, mesyuarat majlis itu turut memutuskan supaya Cuepacs mengadakan sesi penjelasan di setiap jabatan di seluruh negara mengenai tuntutan ini mulai minggu depan. Sementara itu, beliau juga menasihat semua kakitangan sektor awam di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor – yang kini ditadbir pakatan pembangkang – agar tidak bimbang dan memaklumkan terus kepada Cuepacs jika ada diskriminasi ataupun unsur ketidakadilan di negeri-negeri tersebut.

Beliau berharap semua anggota sektor awam di negeri tersebut menjalankan tugas seperti biasa dan menerima arahan yang tidak bercanggah dengan perkhidmatan awam. Katanya Cuepacs akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin kesatuan di semua negeri berkenaan yang dijangka diadakan pada Jun ini. “

Selamat datang Dr. Mohamad Khir Toyo ke dunia Blog.

Kadang kala bila kita berada di atas kita jarang untuk melihat di bawah , akan tetapi bila kita berada di bawah kita mendongak melihat ke atas. Ketika saya kecil saya sangat suka melihat kapal terbang yang selalu melintas di ruang angkasa yang merentasi bumbung rumah mak lang saya ketika itu di jalan peel pudu. Saya sering bertanya bila saya akan dapat naik kapal terbang. Impian saya termakbul bila saya mula bekerja di Kolej IKIP Pahang. Dalam usia muda, saya diberi tanggungjawab sebagai Pengurus IT dan Pusat Sumber setelah menamatkan Ijazah Sarjana Muda di UiTM. Kedudukan ini memberi peluang kepada saya menaiki kapal terbang dari Kuantan ke Kuala Lumpur hingga seluruh negara -negara di Asia. Mula-mula naik rasa seronok dan selalu duduk tepi kerana nak melihat permandangan dari atas ke bawah. Keadaan menjadi bosan bila saya sudah kerap dan mula  muak naik kapal terbang terutama bila bertukar ke UiTM Sarawak. Selama 4 tahun saya bertugas di UiTM Sarawk, hampir setiap 2 minggu sekali saya akan ke Kuala Lumpur samaada menaiki penerbangan MAS (atas urusan kerja ) atau Airasia (urusan peribadi). Saya cuma naik pesawat – kemudian tidur bila berada di atas pesawat  – jaga bila pesawat sudah berada di landasan. Saya sudah jemu untuk melihat apa yang terjadi di bawah. Moral daripada cerita di atas ialah bila kita sudah terlalu lama menjawat jawatan itu kita sudah alpa niat murni kita pada awal kita menduduki kerusi teratas.

Kini kita melihat ramai pemimpin yang kalah atau hilang jawatan serta kuasa dalam pilihanraya ke 12 mula mencari sesuatu untuk mendekati rakyat. Justeru itu saya tertarik bila terbaca usaha Dr.Khir mantan MB Selangor yang mula menulis Blog. Saya ucapkan syabas ke Dr.Khir kerana berani membuka langkah mendekati rakyat terutama golongan profesional dan belia menerusi Blog beliau –  http://www.drkhir.blogspot.com . Cuma pesan beliau beliau berbunyi  :-

“Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Terima kasih”.- Dr. Mohamad Khir Toyo

Saya ingin mengucapkan kepada Dr.Khir selamat datang ke dunia tanpa sempadan. Satu dunia atau kerajaan langit yang tidak pernah tidur yang penuh dengan ledakan maklumat. Maklumat yang hanya dihujung jari tanpa sebarang kos yang mahal. Dunia berubah, zaman turut berubah. Dunia tanpa wayar dan dunia digital telah mengambil tempat dan kini adalah masanya untuk memulakan sesuatu dalam perubahan zaaman. Wawasan 2020 yang dibina oleh Tun Dr.Mahathir telah nampak hasilnya.

Saya akan menyokong usaha Dr. Khir dan cuba menyalurkan maklumat terkini demi Agama Islam dan Bangsa Melayu. Itulah hasrat saya bila melahirkan Blog Suara Rakyat : Kecil Tapi Signifikan http://ebakry.wordpress.com.

Harapan saya agar laman Blog ini akan terus menjadi saluran rakyat kepada pemimpin atasan agar mereka selalu turun padang atau menjengah ke bawah melihat masalah masyarakat. Saya juga berharap lebih ramai pemimpin masyarakat mengikuti jejak langkah Dr. Khir menerbitkan Blog mereka agar rakyat boleh mengikuti aktiviti mereka dan menghantar segala aduan dan permasalahan kepada wakil  kawasan yang telah mereka undi dalam PRU ke 12.

Wassalam

Penulis Suara Rakayat

Impian rakyat adalah melihat keadilan dan kesaksamaan

Mulai minggu ini, setiap hujung minggu saya akan memasukkan kategori baru dalam Blog Suara Rakyat iaitu Pena Mufti , rencana daripada Mingguan Malaysia oleh Mufti Perlis ” Dr. mohd Asri Zainul Abidin. – Admin Suara Rakyat, Tampin 30 MAc 2008

Impian rakyat adalah melihat keadilan dan kesaksamaan

RAKYAT bukan mengharapkan dari pemimpin untuk menunjuk-nunjuk kemewahan diri seperti peraga fesyen mempamerkan gaya dan keranggian pakaian mereka di atas pentas.

Apa yang rakyat harapkan adalah pemimpin melakukan keadilan dan kesaksamaan. Rakyat akan bangga melihat pemimpin mereka adil, amanah terhadap harta negara.

Rakyat tidak bangga untuk mendengar cerita pemimpin mereka mewah dengan penuh tanda tanya tentang hartanya dan berjalan dengan penuh kebongkakan seakan dia ialah maharaja yang tidak boleh dikalahkan atau dipersalahkan. Seseorang pemerintah dibangga dan dikasihi oleh rakyatnya apabila terserlah keadilannya.

Khalifah Umar bin al-Khattab pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai manusia dengarlah!” Tiba-

tiba bangun Salman al-Farisi berkata: “Kami tidak mahu dengar.” Lantas Umar bertanya: Kenapa wahai Salman?” Jawabnya: “Engkau berikan kami semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai.” Kata ‘Umar: “Jangan tergesa-gesa wahai Salman.”

Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah. Kata Umar: “aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku”. Jawabnya: Ya! Maka kata Salman: “Sekarang kami akan dengar.” (Ibn Qutaibah, ‘Uyun al-Akhbar, 1/55).

Maka kita tidak peliklah mengapa umat ini sepanjang sejarahnya amat merindui dan mencintai pemerintahan al-khulafa al-rasyidin terutama Khalifah Umar bin al-Khattab ini. Beliau pernah berkata kepada gabenor yang dilantiknya iaitu Abu Musa al-‘Asy‘ari: “Wahai Abu Musa! Sesungguhnya engkau hanyalah salah seorang dari orang ramai, melainkan Allah menjadikan engkau yang paling berat menanggung beban antara mereka.”

Justeru itulah al-‘Adl wa al-Musawah (keadilan dan kesaksamaan) adalah teras kepada pemerintahan dalam Islam. Disebabkan keadilan yang pernah ditunjukkan oleh para khalifah yang adil dalam sejarah merekalah maka ribuan manusia menganut Islam atau ingin berlindung di bawah pemerintahan Islam. Namun, apabila umat Islam gagal mempamerkan sistem dan pelaksanaan pemerintahan yang adil lagi saksama, maka bukan muslim bukan sahaja tidak mahu menerima Islam, bahkan tidak memandang hormat kepada Islam. Lebih memalukan jika mereka pula lebih bermoral daripada kita dalam menguruskan harta rakyat mereka.

Lihatlah Khalifah ‘Umar bin al-Khattab, ketika beliau berkuasa sebagai khalifah lalu berselisih dengan seorang Yahudi yang merupakan rakyat negaranya mengenai kuda Yahudi berkenaan yang hendak dijual. ‘Umar mencubanya sehingga cacat.

Umar berkata kepada Yahudi berkenaan: “Carilah seorang yang dapat memutuskan kes ini.” Kata yahudi berkenaan: “Aku reda dengan Shuraih al-‘Iraqi sebagai hakim.” Shuraih yang merupakan seorang muslim yang bertakwa lagi bijak dalam penghakiman. Apabila diangkat kes ini kepada Shuraih dia berkata kepada Umar yang merupakan seorang khalifah yang berkuasa: “Engkau telah mengambilnya dalam keadaan elok, maka engkaulah penjaminnya maka hendaklah engkau pulangkan semula dalam keadaan yang elok dan tidak cacat.”

Kerana kes itu, Shuraih dilantik menjadi hakim besar oleh ‘Umar. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqq‘in, 1/109). Ini keadilan dan keinsafan. Seseorang yang adil lagi berkelayakan itu ditabalkan, bukan dipecat. Sekalipun keadilan itu terpaksa dirasai kepedihannya oleh pemerintah sendiri.

Prinsip

Prinsip kesaksamaan ini ditegaskan oleh banyak nas-nas Islam. Firman Allah (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan.

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat: 13). Sabda Nabi s.a.w pula: Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam).

Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas a‘jam (yang bukan Arab), atau a‘jam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani). Inilah dasar Islam yang agung. Menghapus kebongkakan atas nama keturunan atau puak, kerana manusia semuanya sama di sisi Tuhan.

Islam agama yang memusuhi sistem kasta yang membeza-beza manusia disebabkan keturunannya. Islam tidak pernah menyatakan keturunan semata mewarisi kemuliaan, tetapi nilai dan sikap seseorang yang memastikan sama ada dia mulia atau sebaliknya.

Justeru itu, manusia tidak menjadi mulia disebabkan pangkat yang dia ditabalkan. Tetapi ketakwaannya. Maka ketakwaan seorang pemimpin adalah apabila dia amanah dan adil terhadap rakyat bawahan. Tidak menyalahgunakan kuasa dan mengambil harta yang bukan haknya. Jika itu berlaku, maka dia adalah pemimpin yang mulia.

Jika tidak, dia seorang yang memecahkan amanah lagi hina. Sekalipun orang memberikan pangkal namanya dengan pelbagai gelaran; Yang Berhormat atau Yang Amat Berhormat. Namun tiada kehormatan untuknya di sisi Allah jika dia merompak harta rakyat secara senyap atau terang-terangan. Ramai pemimpin yang dari jenis ini, apabila kekuasaannya hilang orang kelilingnya juga pun ‘terbang’. Hilang tak berbayang.

Terbukti bahawa yang bersorak ketika dia berkuasa hanya mengharapkan habuan istimewa yang sebahagiannya adalah harta rakyat jelata. Namun jika pemimpin adil dan berjasa, sehingga hari dia hilang kuasa, rakyat akan terus mengingati dan mengenangnya.

Sekalipun dia tidak lagi dijemput ke majlis-majlis rasmi, namun budinya tetap tersemat di hati. Lebih penting, pemerintahan yang adil itu adalah ibadah yang agung yang bakal dibawa olehnya bertemu Allah pada hari kiamat kelak. Dengarlah apa yang Allah ingatkan Nabi Daud tentang kekuasaan.

Firman Allah: (maksudnya) Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka berhukumlah antara manusia dengan yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya mereka yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu (surah Sad: 26).

Ketegasan terhadap keadilan adalah prinsip dan syiar pemerintahan Islam. Jangan sampai seseorang pemerintah atau pemimpin menjadikan kuasa jawatannya untuk kepentingan suku sakat atau anak pinak atau sahabat handainya. Sehingga kaum keluarga atau kroninya mendapat keistimewaan apa yang tidak diperoleh oleh rakyat biasa. Surah al-Nisa ayat 135: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-

orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya.

Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutarbalikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Janganlah pula kebenciannya kepada sesuatu puak atau golongan menyebabkan dia tidak berlaku adil sedangkan Allah berfirman: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.

Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Inilah impian setiap rakyat. Sebab itu maka setiap individu yang berada di bawah naungan kerajaan muslim yang sebenar berasa aman, terbela dan tidak dianiayai. Namun, jika pemerintah mula campur tangan dalam sistem pelaksanaan qada’ (kehakiman) maka keadilan akan menjadi mangsa. Inilah yang diucapkan oleh Khalifah Abu Bakr al-Siddiq apabila memegang tampuk kuasa: “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu.

Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya-Allah.

Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku.” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361). Memberikan kesaksamaan dan keadilan untuk semua adalah teras pemerintahan Islam.

Kerajaan

Saya kurang setuju jika seseorang memikirkan yang dikatakan kerajaan Islam yang adil itu perkara pertama yang terbayang dalam kepalanya ialah memotong tangan pencuri. Walaupun nas itu ada dalam al-Quran, namun ianya hanya jalan ke arah memastikan keamanan dan ketenteraman, bukan teras asas pemerintahan. Teras pemerintahan Islam adalah seperti firman Allah: (maksudnya): Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil.

Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat (surah al-Nisa: 58).

Jelas dari ayat ini menegakkan keadilan di kalangan manusia, memberikan hak kepada yang berhak, amanah terhadap kuasa dan harta yang dipertanggungjawabkan, selalu mengingati Allah dalam melaksanakan kepimpinan adalah asas kerajaan Islam yang adil. Mengapakah kita suka menonjolkan hukum, bukan menonjolkan kerahmatan sistem Islam itu terlebih dahulu?.

Saya amat hiba apabila membaca kisah Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah. Beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Ketika para pembesar menanti kemunculannya setelah dilantik, mereka berbisik menanya anaknya, mengapa ayahnya belum keluar ke khalayak ramai. Katanya: “Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, air matanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila ditanya, dia berkata: “Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang pelbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang yang fakir, yang lapar, yang sakit lagi derita, orang biasa yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang dijauh, orang tua yang uzur, orang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara.

Aku tahu Tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis.” (lihat: Mahmud al-Baji, Muthul ‘Ulya min Qada al-Islam, 144). Betapalah saya hiba menterjemahkan perkataan Umar bin Abd al-Aziz ketika menulis rencana ini.

Terasa kerinduan yang amat dalam untuk melihat dan memiliki kepimpinan yang penuh dengan keikhlasan seperti itu. Aduhai indahnya dunia ini, jika pemerintah jujur lagi takutkan Allah seperti Umar. Maka terpeliharalah kebajikan rakyat dan tersebarlah keadilan untuk semua. Tidaklah lagi kita akan terus mendengar cerita harta negara menjadi warisan keluarga atau sanak saudara, atau sahabat setia.

Bayangkanlah ungkapan ‘Umar dengan sesetengah manusia yang ketika rakyatnya sedang menderita, atau ditimpa kesusahan, dia masih lagi punyai masa bersuka ria bersama keluarga.

Jika pemimpin menangis mengenangkan nasib mereka di akhirat. Mudah-mudahan rakyat mereka akan tersenyum gembira di dunia dan mereka pula tidak akan menangis lagi pada hari akhirat kelak.

Namun, jika pemimpin asyik ketawa besar di dunia sedangkan rakyat ramai yang menangis derita, pemimpin jenis ini dibimbangi akan menangis besar di hari akhirat.

Wahai para pemimpin, kami sekalian rakyat merindui keadilan, kejujuran dan kesaksamaan dalam pemerintahan kalian. Kami mempunyai hak di dunia untuk bertanya dan memintanya, juga hak di hari akhirat untuk mendakwa dan menuntutnya.

* Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

E-mel: moasriza@yahoo.com

Layari http://drmaza.com/

BINCANG : Wajarkah Kementerian mewujudkan laman blog ?

Salam. Warkah ini saya petik dari e-mail yang saya terima daripada Sdr. Rozmal.

Pada pendapat saya ianya tidak wajar kerana kementerian telah pun mempunyai lawan webnya sendiri. Cuma Kementerian Belia dan Sukan perlu banyak memberi latihan kepada belia dari segi cara dan kaedah yang betul membina Blog dengan cara yang betul. Belia perlu diberi pengetahuan dan maklumat yang betul menerusi latihan yang berterusan agar dapat melahirkan modal insan yang berkualiti.

 ”Rozmal bin Malakan” rozmal@yahoo.com . BINCANG : Wajarkah Kementerian mewujudkan laman blog ?

Agak terperanjat dan terkejut saya apabila membaca berita bahawa Kementerian Belia dan Sukan bercadang
mewujudkan laman blog sendiri sebagai usaha mendekati dan berinteraksi dengan golongan belia di negara ini
(Utusan Malaysia 24 Mac 2008)

“Sepengetahuan saya laman blog pada kebiasaannya dikendalikan oleh individu atau kumpulan tertentu
disebabkan oleh kekangan kewangan dan perhatian media perdana maka mereka menggunakan laman blog yang
kebanyakannya adalah percuma untuk menyampaikan mesej atau tulisan mereka kepada orang ramai.

Kenapa perlu sebuah kementerian yang mempunyai kewangan yang mantap, kakitangan yang lengkap,
fasiliti teknologi komunikasi terkini ingin menggunakan laman blog ? Apakah ianya sebahagian
daripada langkah-langkah ke arah penjimatan perbelanjaan kementerian tersebut ? Sekiranya ya, maka
ianya adalah amat-amat dialu-alukan. Akan tetapi mana  akan disalurkan nanti lebihan kakitangan bahagian
teknologi maklumat di kementerian berkenaan ?

Bukankah setiap kementerian dan jabatan serta agensi kerajaan di Malaysia ini sudah ada laman web mereka
sendiri ? Sekiranya orang ramai kurang melayari laman web kementerian tersebut maka ianya menunjukkan
maklumat yang terdapat pada laman web kementerian berkenaan mungkin tidak dikemaskini dari masa ke
semasa atau pun mungkin sistem aduan melalui internet tidak dilayan dengan sewajarnya.

Satu contoh laman web agensi kerajaan yang amat bermanafaat ialah laman web Majlis Perbandaran
Seremban di www.mpsns.gov.my . Laman web MPSNS adalah pada pandangan saya dapat memberi faedah kepada
penduduk Seremban dan sentiasa dikemaskini. Setiap aduan yang disalurkan melalui e-aduan mendapat respon
dalam tempoh 24 jam. Malangnya masih ramai pengguna internet tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan
seperti ini.

Kesimpulannya, jika setiap agensi kerajaan dapat mengendalikan dan mengemaskinikan laman web mereka
dari masa ke semasa , serta dapat memberi respon yang pantas atas setiap masalah yang diutarakan melalui
laman web atau e-mel , mengapa perlu ada laman blog ?

Berikut adalah tafsiran ringkas mengenai laman blog :

Blog merupakan singkatan dari “web log” adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai tulisan-tulisan (yang
dimuat sebagai “posting”) pada sebuah halaman web umum. Laman web semacam itu biasanya dapat diakses
oleh semua pengguna internet sesuai dengan topik dan tujuan dari si pengguna blog tersebut.

Media blog pertama kali dipopularkan oleh Blogger.com, yang dimiliki oleh PyraLab sebelum akhirnya PyraLab
diambil alih oleh Google.Com pada akhir tahun 2002 yang lalu. Semenjak itu, banyak terdapat
aplikasi-aplikasi yang bersifat sumber terbuka yang diperuntukkan kepada perkembangan para penulis blog
tersebut.

Blog mempunyai fungsi yang pelbagai, dari sebuah catatan harian, media publikasi dalam sebuah kempen
politik dan sebagainya. Ada blog dikendalikan oleh seorang penulis tunggal, sementara sebahagian lainnya
oleh beberapa penulis”.

http://id.wikipedia.org/wiki/Blog
http://www.blogdrive.com/blog.html
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0324&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_10.htm&arc=hive  

Rozmal http://waghih.blogspot.com 
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com 
Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot.com 
Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com